Wednesday, March 3, 2010

-MELAWAT GARISAN KHATULISTIWA...

"Melawat garisan Khatulistiwa?? Cantik ke garisan tu?? Macam mana rupanya??"

Setakat ini saya tak pernah lagi la dengar macam mana rupa garisan khatulistiwa... Adakah ia berbentuk garisan merah (macam karpet merah) seperti dalam cerita Doraemon yang saya tengok masa kecil-kecil dulu??

Kalau nak diikutkan Bumi kita ni ada yang cakap berbentuk bulat... ada juga yang kata berbentuk sfera. Bumi sebenarnya bukanlah bulat seratus-peratus. Ia mendatar sedikit pada bahagian Kutub Utara dan Kutub Selatan, Selain Agak berbonjok di bahagian Khatulistiwa.

Menurut penerangan dalam Wikipedia Bahasa Melayu mengenai Garisan Khatulistiwa adalah seperti berikut:

"Khatulistiwa ialah satu bulatan khayalan yang dilukis pada separuh jarak antara kedua-dua khutub planet atau objek astronomi yang lain. Garis bulatan ini membahagikan planet menjadi dua bahagian, iaitu Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan. Menurut takrif, garisan lintang khatulistiwa ialah 0°. Panjangnya khatulistiwa Bumi ialah kira-kira 40,075.0 kilometer, atau 24,901.5 batu. Khatulistiwa merupakan salah satu daripada lima bulatan latitud yang utama, berdasarkan hubungan antara putaran Bumi dengan satah orbit yang menyelilingi matahari. Selain itu, khatulistiwa ialah garisan latitud tunggal yang juga merupakan bulatan besar. Dalam pergerakan bermusim melintasi langit, matahari lalu secara langsung di atas khatulisiwa sebanyak dua kali setahun pada ekuinoks Mac dan September. Di kawasan khalistiwa, sinar matahari adalah serenjang dengan permukaan bumi pada kedua-dua tarikh tersebut. Tempat-tempat yang berhampiran dengan khalistiwa mengalami kadar matahari terbit dan matahari terbenam yang paling cepat di dunia, dengan masa hanya beberapa minit. Tempat-tempat tersebut mempunyai jangka siang/malam yang lebih kurang sama setiap hari pada sepanjang tahun, berbanding dengan tempat-tempat yang terletak lebih di utara atau selatan."

Ermmmmm.... seperti penerangan dalam Wikipedia ni garisan Khatulistiwa bukanlah wujud dalam erti kata yang sebenar. Ia tidak ditandakan dengan sebarang garisan, sebaliknya wujud secara bayangan melalui pengiraan semata-mata.

Wallahu'alam


2 comments:

staroba said...

assalammualaikum.. artikel yg menarik. thanks.. mmg kebetulan cari info pasal ni..

staroba said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA