Assamualaikum... Hari ni da masuk 5 Mac 2010, Hari Jumaat..
Rasanya baru je lalui hari Jumaat minggu lepas.. tak terasa cepat betul waktu berlalu sekarang...
kalau dulu setahun terasa lama sangat. Almaklum la...da akhir zaman... itu pun tak sedar-sedar lagi nak tambah amalan soleh...( kecut gak ni banyak buat salah dengan orang)
Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada rakan-rakan...sama ada yang saya kenal mahu pun tidak kenal..andai tersalah kata tersasul bahasa, terlebih gurau saya meminta maaf yang teramat sangat. Begitu juga dengan sahabat yang telah saya lukai hatinya tiada niat saya untuk menyakitkan hati kalian. Saya akui kesalahan saya maka maafkanlah saya dengan ikhlas. Tiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. dan Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk umatnya... (adoi...tak tau la diorang nak terima ke tak maaf aku ni..)
Balik pada tajuk.....
Tahukah anda bahawa kalendar pertama dipercayai mula digunakan pada tahun 4236 Sebelum Masihi oleh orang-orang mesir purba..(ada siapa-siapa yang nak mengaku dia orang mesir purba??)
Kira-kira satu setengah melenium kemudian, iaitu pada tahun 2637 Sebelum Masihi, Maharaja Huangdi, pemerintah China turut mencipta kalendar. Kalendar itu menjadi asas pada kemunculan kalendar China yang digunakan sekarang.
Kalendar Tahun Masihi yang kita gunakan sekarang ini mula diperkenalkan pada tahun 1582. Ia dikenali sebagai kalendar Gregorian.
Manakala orang Islam pula (saya la tu...huhu) terdapat kalendar Hijrah. Pengiraan tarikh kalendar Hijrah bermula pada 16 Julai 622 Masihi iaitu tarikh penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Madinah.
Bagi orang-orang Jepun, pengiraan tarikh kalendar mereka bermula pada tahun 660 Sebelum Masihi, tahun di mana Maharaja Jimmu-Tenno dimahkotakan.
Untuk mengikuti kisah selanjutnya mengenai kalendar...ikuti blog seterusnya..
No comments:
Post a Comment