Wednesday, February 23, 2011

:: SIAPAKAH MEREKA YANG SUKA MEMPERSENDAKAN ISLAM? ::

Assalamualaikum...
Alhamdulillah sudah dua kali aku menghadiri kuliah setiap hari ahad di UM telah banyak yang aku pelajari.. dan semakin banyak aku belajar aku rasa semakin banyak perkara yang aku tak tahu.. lagi-lagi subjek Pengantar Hukum Islam yang aku rasa banyak bersangkut paut dengan perjalanan kehidupan kita... bila aku belajar subjek tu aku rasa terlalu banyak aku menyimpang dari jalan yang ditetapkan oleh Allah... lebih-lebih lagi hal-hal yang bersangkut-paut dengan hukum Allah... astaghfirullah.. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua... 

Sesungguhnya apa yang disyariatkan oleh Allah untuk menusia itu adalah yang terbaik kerana ia meliputi hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan menusia dan hubungan manusia dengan alam.. tapi manusia ingkar mengikut landasan yang ditetapkan oleh Allah kerana mereka lebih tunduk dengan hawa nafsu dan duniawi.. 
Bob Lokman

Actually, aku nak menyatakan rasa kagum aku pada seorang hamba Allah yang dikenali ramai.. yuupp.... Siapa tak kenal BOB LOKMAN? aku baru je baca blog dia di http://boblokman.blogspot.com/.. timbul rasa keinsafan dalam hati malah berasa kerdil lantaran kekuasaan Allah yang mampu memberi petunjuk pada sesiapa yang Dia hendaki. Satu slogan yang aku tertarik bila Bob Lokman menukar perkataan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" dengan slogan 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN". Yeah.. sepatutnya macam tu la.. Apa-Apa perbuatan di dunia ini kita sepatutnya mengutamakan Allah sebab dia yang cipta kita.. Kalau tak ada Allah, kita takkan ada kat dunia ni.. Kalau tidak kerana Allah, kita nak kelip mata pun tak boleh..Kalau tak kerana Allah, kita nak menaip catatan pada blog pun tak boleh.. Semuanya dengan izin Allah.. 
Tapi itu pun kita tak boleh nak nilai kekuasaan Allah.. malah ada antara manusia yang secara terang-terangan mempertikai hukum yang ditetapkan Allah.. boleh pulak kata hukum Allah tak relevan kat zaman moden! yang paling buat aku kesal, banyak pulak la penyokong-penyokong orang yang menolak hukum Allah ni.. dan kebanyakan mereka itu orang yang beragama Islam...

Aku ingat lagi pelajaran pertama Pendidikan al-Quran & Ass-Sunnah (PQS) time tingkatan 4 tak silap.. ada sebut contoh perbuatan mempersendakan agama. antaranya :
  • menyambuat hari raya dengan minuman keras
  • menyambung perayaan dengan hiburan yang diharamkan oleh syara'
  • menganggap ajaran Islam tak sesuai dengan peredaran zaman
  • menghina & mengkhianati kitab-kitab agama & para ulama
  • memutar belit ajaran al-Quran & Hadis untuk kepentingan peribadi
  • mempersenda sunnah Rasul
  • mempersendakan wanita Islam yang menutup aurat
Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh lain.. tapi tak payah la aku taip panjang-panjang sebab kalian semua lebih bijak bestari.. belajar tinggi sampai IPT.. Kalian lebih banyak tahu dari aku...
Biasanya tak semua orang yang suka mempersendakan agama.. cuma sesetengah golongan je... contoh Golongan Yang Mempersenda Islam antaranya :
  • Orang Kafir
  • Orang Munafik
  • Ahli bid'ah
  • Golongan Anti Hadis
  • Orang yang melakukan maksiat..
Na'uzubillah.. minta dijauhkan kita daripada tergolong dalam orang yang suka mempersendakan Islam.. 


Wallahu'alam ~~

7 comments:

BLADE EDGE said...

salam...

saya just blogwalking kat sini. baru tahu pasal blog ni..

info dlm entri ni bagus jugak. esp yg bob lukman kata tu..nnt la nk tgk blog bob lukman :-)

anyway kalau ada masa, silalah berkunjung ke blog saya.

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

miss shark said...

tertarik dengan 'Allah didahulukan, taqwa diutamakan'.. kita kalau tak ingat Allah, macam mana Allah nak ingat kita :) sibuk dengan hal duniawi je..

abgreds said...

Assalamualaikum Tika...
Sebelum melihat kepada orang lain, lihatlah dulu ke dalam diri sendiri. Kita yang mengaku Islam ini pun masih jauh jurang dari skema Rasulullah. Kita sendiri juga perlu sentiasa meningkatkan iman dan taqwa kita...

TkLyna said...

to abgreds: sye setuju kita perlu selalu menghisab diri kita... kerana kita juga hamba yang lemah.. semoga Allah memberi pentunjuk pada kita semua...:)

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaannya), jikalau tidak berkuasa hendaklah mencegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah mencegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman.”

Such a Mess said...

maap lah! sye nk comnt tapi tak thu tkot tersalah sebab ini aspect agama islam! jika comnt skit kita akan di caci oleh orang ramai! jadi x nk comnt!

cumel sye pelik salah ke mengutamakan rakyat dan pencapaian itu!slogan itu tak salah kn!!

saya hanya ingt kata ustaz saya

"Bumi dicipta untuk manusia dan manusia di cipta untuk akhirat,"

maap jika silap tlong lah perbetulkn yer! salam

TkLyna said...

ianya tidak salah mendahulukan rakyat..
tetapi sekiranya kita mendahulukan Allah sudah pastilah rakyat mendapat kebaikannya..kerana seseorang yg mendahulukan Allah pastinya takut untuk menganiaya dan melanggar amanah Allah untuk rakyat dan org sekelilingnya..

wallahu'alam

Ummuwardah said...

Assalamualaikum wbt...

Sungguh tertarik dgn entry ini...
rasa terharu pun ada..
Syukran jazilan ya ukhti..
Mmg sesungguhnya tidak ada milik kita...
SEMUANYA ALLAH YANG PUNYA!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA