Sunday, February 13, 2011

:: HARI PERTAMA KU DI KULIAH ::

Assalamualaikum..
Salam Maulidur Rasul pada kalian semua.. Selawat dan salam pada Nabi Junjungan Rasulullah s.a.w.. Semoga kita semua mendapat syafaatnya di akhirat kelak... amin.....


Semalam, 13 Feb 2011 merupakan hari aku start kuliah setelah beberapa lama meninggalkan dunia study sejak bulan Mei 2009. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun ketika pertama kali melangkah ke dewan kuliah aku telah dikejutkan dengan sesuatu perkara. Aku begitu ta'jub bila aku memasuki dewan kuliah untuk menghadiri taklimat, dua barisan hadapan kerusi dewan dipenuhi oleh warga emas!! Sekilas aku teringat pada atok aku yang baru beberapa hari lepas datang ke rumah aku.. Aku fikir mungkinkah warga emas ini hadir untuk menemankan anak-anaknya kuliah.. Sebab pada papan kenyataan di pejabat pengurusan ada beritahu sesiapa yang membawa keluarga ke kuliah diminta mengawal ahli keluarga mereka dari mengganggu ketika kuliah... Then, ketika taklimat aku sempat berkenalan dengan beberapa pelajar syariah.. Aku baru sempat kenal 3 orang pelajar memandangkan pelajar jurusan Syariah terlalu ramai iaitu sekita 115 orang. Hampir memenuhi ruang dewan yang dapat memuatkan sekitar 150 orang.


Subjek pertama yang aku pelajari pada hari itu Ulum Hadith dan kelas kedua Pengantar Hukum Islam... Yeahhh.. pastinya amat menarik bila kita berada di dalam satu kelas yang mempunyai latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Rasa macam tidak percaya !! Aku satu kelas dengan seorang yang lahir pada tahun 1940 an... Sungguh aku ta'jub!! Seorang warga emas masih bersemangat untuk menuntut ilmu Allah yang amat luas.. Aku rasa beruntung kerana diberi peluang oleh Allah melanjutkan pelajaran di sini.. Hari pertama banyak yang aku pelajari dan banyak juga beberapa hal yang dipelajari seolah-olah memperli aku..... tapi aku tak kesah.. memang itu niat aku study agama ni supaya aku lebih sedar diri sebagai seorang hamba aku kena patuh pada perintah Allah.. dan sempena Maulidur Rasul ni selain kita berselawat ke atas Kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w, semoga kita juga sama-sama dapat mengikuti ajaran yang dibawanya dengan baik serta meninggalkan perkara yang tidak disukai oleh baginda jika benar kita orang-orang yang mencintai Nabi s.a.w...




Sekian, Wallahu'alam

1 comment:

Telaga Putih said...

aminnn~
semoga berjaya ya atikah amalina!!
chayok3!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA