Tuesday, February 15, 2011

:: LAYAN NASYID SEMPENA MAULIDUL RASUL ::

Assalamualaikummm.. 
Aku harap masih belum terlambat untuk aku mengucapkan salam Maulidur Rasul pada sekelian umat Nabi Muhammad s.a.w.. Semoga berkat hari ini mampu mendidik kita untuk terus mengingati( dengan berselawat)  serta mengikuti sunnah baginda s.a.w.. Syukur kepada Allah s.w.t. kerana kita telah dilahirkan sebagai seorang Muslim.. Semoga kita dapat menjalankan Islam sebagai cara hidup bukan hanya atas nama seorang Muslim kerana Islam di sisi Allah selain iktikad( niat ) dan lafaz ( perkataan ) kita juga perlu membuktikan Islam itu melalui perbuatan.


Sempena Maulidul Rasul ni aku nak share sikit lagu-lagu nasyid khas untuk Rasul s.a.w.. Lama dah tak layan nasyid ni.. Dulu time sekolah aku boleh dikatakan agak "obses" dengan nasyid... Banyak aku beli kaset-kaset nasyid. Tapi sekarang sejak dah kenal IT ni aku download je dah tak beli kaset... hehehe... minta maaf ye para penasyid tanah air... Aku still sokong diorang tapi tu la.. sekarang nak carik kaset payah.. lagi pun rumah aku dah tak ada radio.. VCD pun rosak....so jalan terbaik aku download dan masukkan lagu dalam handphone...mudah dan jimat ( jahat budak ni!!) keh..keh..keh...


By the way.. sesiapa yang nak buat persembahan nasyid kat sekolah atau IPT boleh la tengok tajuk2 lagu nasyid di bawah ni.. Aku rasa banyak lagi kot lagu nasyid Rasulullah ni.. tapi ni je yang aku tau....nak tau lg banyak boleh search kat Google k...
  1. Aeman - Rasulullah al- amin
  2. Al mizan- Junjungan mulia
  3. Aura- Nabi Muhammad ( Yang Terpuji )  [ yang ni sedih.. ]
  4. Diwani - Ya Rasulullah
  5. Hijjaz - Rasulullah  [ lagu ni famous gak]
  6. Hijjaz- Amirul Ummah [ aku suka lagu ni!!]
  7. Hijjaz- Dia Kekasih Allah [ lagu ni syok sangat2! ]
  8. Hijjaz- Rasul Junjungan
  9. Hijjaz -Tola'al Badru 'Alaina
  10. Hijjaz- Untukmu ya rasulullah
  11. In team - Dia Muhammad [ i like nasyid ni!]
  12. In team - Pemergianmu  [ rasa sayu, sedih dan kehilangan ]
  13. In Team - The Messenger
  14. Inteam- Budimu Rasulullah
  15. Inteam- Qudwah Hasanah
  16. Maher Zain - Ya Nabi Salam 'Alaika
  17. Mestica- Muhammad al-Huda
  18. Mestica- Siratun Nabi  [ nyanyi lagu ni time sekolah dapat johan..huhu]
  19. Mirwana-Cahaya Kekasih
  20. Nowseeheart - Inspirasi
  21. Nowseeheart - Kekasih  [ rugi orang yang tak pernah dengar lagu ni!!! ]
  22. Nowseeheart - Selawat Atasmu  [ Ada kat iklan TV3 ]
  23. Rabbani - Sollah 'ala yassin
  24. Rabbani- Ya Rabbibil Mustofa
  25. Raihan - Cahaya Selawat
  26. Raihan - Nabi Anak yatim
  27. Raihan- Alangkah indahnya
  28. Raihan, Hijjaz, Nowseeheart, Amaluddin & Brothers- Ya Nabi Salamun Alaika 
  29. Raihan, Saff-One, Amrain, dan Haikal-Kau Istimewa
  30. Raihan,Rabbani, Hijjaz, DJ Irwan - Khabaran Rasul
  31. Unic - Cahaya Cinta  [ dah banyak kali dengar pun aku tak bosan]
  32. Unic - Selawat
  33. Unic - Ya Habibi Ya Muhammad
  34. Unic- Muhammad Ya Nabiyyina  [ yang ni pun syok gak!]
  35. Unique - Binnabil huda [ lagu baru ni pun boleh tahan ]
Sekian, wallahu'alam ~~

5 comments:

Wyna Nubies said...

waa~banyak lgu ni..thanks :)

June Flizzow said...

saya suka yang numb 21

nelly said...

Lagu nasyid hot2 ..
=)

Nordin said...

semua lagu ni best! :D

Ecca Meisya Azahra said...

τнänκчöü min , semoga berkah (ˆ⌣ˆʃƪ)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA