Tuesday, December 7, 2010

:: SUSAHNYA NAK BERUBAH !! ::

Assalamualaikum..
Salam Maal Hijrah...

Alhamdulillah da masuk Tahun 1432 H.. fuhh...actually ada timbul sedikit risau memikirkan apa yang telah aku buat sepanjang hidup ni.. apa bakti aku untuk masyarakat?? apa amalan yang aku da buat sepanjang perjalananan hidup 21 tahun ni...

Pagi-pagi lagi sebelum bertolak keje aku tengok rancangan Iktibar Hijrah kat Astro Oasis. Aku rasa beruntung sangat mereka yang mendapat pentunjuk dan hidayah Allah walaupun pada awal hidup mereka penuh dengan dosa-dosa. Tapi mereka akhirnya telah berhijrah dari zaman "Kejahilan" kepada kehidupan yang penuh keredhaan.. Tapi bagaimana pula hidup aku?? Maksud aku..amalan aku?? Cukup ke dengan solat lima waktu??? solat lima waktu yang amat payah untuk khusyuk?? Hati yang lalai mengingati Allah?? Hati yang selalu mengikut kata hati?? Yakni tak semestinya kata hati itu benar....... Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk untukku..

Sempena tahun baru ni aku harap dapat menjadi insan yang lebih baik.. Jadi insan yang buat sesuatu untuk mencapai 1 MATLAMAT.. Yakni REDHA ALLAH.. sebab tanpa redha Allah kita buat apa-apa kebaikan pun tak guna..

Then aku azam nak kumpul duit setiap bulan dalam Tabung Haji. Target nak pergi haji sebelum umur 30.. atau lebih baik....dapat pergi umrah dalam 2 tahun ni...huhu..Bila pikir nak pergi Mekah hati ni rasa berdebar-debar je.. Bukan sebab takut..tapi sebab terlalu teruja!!!!

Lastly aku harap dapat sambung study.. and akan bersungguh-sungguh study..taknak sekerat jalan je cm yang lepas-lepas =p

Finally...aku gak harap bukan diri aku je yang berubah..tapi, kawan-kawan aku juga berubah kepada yang lebih baik... supaya boleh support aku yang lemah ni.. Actually kawan-kawan banyak peranan dalam mempengaruhi diri kita. Jadi aku amat memerlukan kawan-kawan yang baik untuk memperbaik lagi diri aku ni...

Haa....sebut pasal nak berubah ni.. aku nak share sikit Tips-Tips Untuk Berubah ke Arah Yang Lebih Baik:
  • MELATIH DIRI MENGINGATI MATI : memang kalau sesiapa je yang tak ingat mati dia tak segan silu untuk melakukan dosa-dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil.
  • RAJIN MENCARI ILMU : bukan tertumpu belajar di sekolah atau IPT, tapi lebih kepada mendengar kuliah-kuliah agama dan menghadiri majlis ilmu dan majlis zikir, berjumpa dengan guru-guru agama, mendengar ceramah motivasi di televisyen dan seumpama dengannya.
  • BERKAWAN DENGAN ORANG BERILMU : yupp..kawan memang banyak mempengaruhi cara hidup kita.tak kesah kuantiti yang penting kualiti.

HIJRAH MENUJU ALLAH


Sekian,
Wallahu'alam~~~~

7 comments:

Nescafe ais said...

Salam Maal Hijrah untuk kamu juga.

kai azmier said...

salam maal hijrah dari kai.. =)

hans said...

salam maal hijrah juga

P/S : Syurga Coklat Dan Gara - Gara Semangat Coklat Buat Aku Merepek Sekejap...Hahaha!

Shatra said...

Salam..nasihat adalah makanan rohani..sya suka blog awak sbb tersiratnya kata2 nasihat

DeCrewz said...

Salam ziarah.. Nice entry... Mmg susah nak berubah bila kita berada dikalangan orang2 yang xreti2 nak berubah walaupun dhati kita berniat untuk berubah.. Keadaan sekeliling yang buatkan kita sukar berubah.. Tahun ini sy berazam untuk berubah...

HaDi said...

Salam...

Semoga terus istiqamah dgn segala azam dan cita2,,
semoga hari yg mendtg lebih baik berbanding sebelumnya,,=)

abgreds said...

assalamualaikum tuan blog...
dalam banyak-banyak entri bertema hijrah, entri anda sedikit serupa dengan entri abgreds.
kita selalu cerita tentang azam. tapi jarang mengupas ujian dan kaedah untuk membuat perubahan...
salam kenal dari abgreds...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA