Monday, December 6, 2010

:: KENAPA LELAKI BUKAN ILAHI? ::

Assalamualaikum...

Ya Allah..

Semenjak dua menjak ni aku selalu je memikirkan sesuatu yang lalai sehingga membuat hatiku gundah. Tiada lain pertolongan yang ku pinta selain petunjuk dari Allah s.w.t.. Semoga Dia menemukan aku dengan Cinta Hakiki yakni cinta pada pencipta sekelian alam. Jadi salah satu cara aku untuk mencari cinta itu dengan membaca bahan-bahan ilmiah yang terdapat pada blog saudara seislam...Alhamdulillah... Sedang aku walking blog ke blog, terjumpa satu puisi yang betul-betul terkesan di hati.. Semoga dapat dikongsi untuk manfaat bersama ♥♥


Aku hairan
Kenapa Ilahi pada bibirnya
Lelaki pada hatinya

Aku hairan
Cinta setianya tetap dihati
Walau lelaki berjalan pergi

Aku hairan
Cinta Ilahi sudah pasti
Sekejap di hati sekejap di kaki

Aku hairan
Ayat lelaki hadam terhafal
Ayat Ilahi tidak kau kenal

Aku hairan
Yang benar sudah kau tahu
Yang salah masih kau buru

Tulisan : hurien_eyn
Sumber : www.iluvislam.com



2 comments:

nekkenproject said...

Memang.. Power "ayat" tu~ : )

Saya Sarah said...

huhu, terkesima dgn puisi ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA