Sunday, December 5, 2010

:: INGAT DENGAN IMAN JE DA CUKUP?? ::

Assalamualaikum
Syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t kerana kita, para blogger masih dapat mengupdate dan membaca posting2 yang bermanfaat di samping mengeratkan hubungan silatura rahim sesama insan.

Baru-baru ni ada seorang teman saya bertanyakan tentang bagaimana cara mengtarbiyah orang yang tidak menutup aurat. Soalan tu amat berat bagi saya kerana walaupun saya pernah menjawat jawatan Exco Amal dan Tarbiyah di sekolah, saya tidak pernah lagi diajukan soalan yang agak "sensitif". Ya, isu ini amat sensitif bagi saya. Sehinggakan untuk dibahaskan atau
diceramahkan di televisyen, hampir tidak keluar isu ini. Bagaimanapun Alhamdulillah, isu aurat ini masih "popular" di blog-blog dan juga forum-forum.

Catatan saya pada kali ini lebih kepada pendapat saya sahaja. Terpulang untuk kalian untuk menerimanya mahupun sebaliknya. Ada satu ayat yang orang selalu kata "Jangan tengok luaran pongkok pangkalnya hati". Nampak je orang seksi, kata orang tu tak baik. Tapi nak kata orang yang pakai tudung litup tu baik-baik belaka...Tentunya tidak....Tak semua baik orang yang pakai tudung tu....

Agak-agaknya mana yang betul?? Orang yang tidak menutup aurat tapi baik hati ATAU orang yang menutup aurat tapi tak beraklak???????

Pendapat dari saya.. DUA-DUA TAK BAIK. Sebab apa?? mereka kekurangan salah satu dari perkara berikut ; IMAN dan AKHLAK. Yang seorang berakhlak, tapi tidak beriman. Manakala, yang seorang lagi beriman tapi tidak beraklak. Bila salah satu IMAN dan AKHLAK tidak ada dalam diri manusia yang bergelar Muslim itulah yang dinamakan kecacatan dalam diri individu Muslim tersebut.


Catatan ini hanya pendapat sahaja. Sekiranya kalian masih ada pendapat yang lebih baik, amat dialu-alukan untuk dikongsikan. Pape pun yang paling penting sempena awal Muharram ni kita pasang azam untuk menjadi Muslim yang the best!! Insya Allah....
SALAM MAAL HIJRAH~

Wallahu'alam~~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA