Sunday, December 19, 2010

:: ISLAM YANG DIWARISI ATAU ISLAM YANG DIIMANI ? ::

Assalamualaikum...
 Saya baru je lepas habis baca entri dari blog MASTURA. Sambil makan mamee mata langsung tak boleh pandang tepat lain masa membaca kisah beliau.. Ada sesiapa tak kenal Mastura?? Yuupp... dia ialah seorang muallaf. Saudara kita sesama Islam..


Saya berasa amat bersyukur dengan keislaman beliau. Mastura merupakan salah seorang yang terpilih untuk mendapat hidayah Allah s.w.t. Dia sangat beruntung.. Malah lebih beruntung daripada orang yang memang berasal dari agama Islam. Sebab apa saya berpendapat begitu?? Saya berpendapat begitu kerana Mastura dapat mempelajari Islam secara formal. Ramai orang Islam di Malaysia yang beragama Islam tapi tidak dapat mempelajari Islam dengan benar maka sebab itu mereka sukar untuk memperaktikkannya dalam kehidupan seharian. Yang yang paling menyedihkan, mereka mengaku Islam tapi dengan selamba badak je menolak Hukum-Hukum Allah, Hukum Islam malah ada yang mempersendakan hukum-hukum Islam dengan menyatakan bahawa Hukum Islam tak relevan pada zaman sekarang.. Huh..? layak ke orang begini mengaku diri Islam??


Setelah saya membaca kisah hidup Mastura yang penuh onak duri, ujian dan dugaan yang beliau hadapi akhirnya membawa beliau ke arah satu cahaya. Cahaya Islam yang memberikan ketenangan dalam diri beliau. Setiap orang yang beriman itu pasti akan diuji. 


Firman Allah s.w.t. :
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah: 214)"


Dan Firman Allah s.w.t. :
  “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan “Kami sudah beriman.” sedang mereka tidak diuji?” ( Al-Ankabut :2)


Mungkin Mastura tidak dilahirkan menjadi Islam pada awalnya. Tapi yang penting keimanan kita sekarang. Malah seseorang yang baru memeluk Islam itu bersih seperti bayi yang dilahirkan. Bersih dari dosa. Seolah-olah baru dilahirkan semula... Subhanallah.. amat beruntung Mastura.. 


Tapi.. bagaimana pula dengan mereka yang dilahirkan sebagai Islam dan tidak menurut ajaran Islam?? Tidak menutup aurat, meninggalkan solat wajib lima waktu? Adakah Islam itu hanya untuk diwarisi?? Hanya pada nama?? 
Sebaiknya kita hisab diri kita di dunia sebelum kita dihisab di akhirat kelak.. Semoga kita tidak buta dengan hidayah yang diberi pada Allah untuk kita..



IMAN
Membenarkan Dengan Hati,
Mengakui Denga Lidah,
Dan Dibuktikan
Beramal Dengan Anggota


Wallahu'alam~~

4 comments:

Al - Mu'allim said...

Kita patut bersyukur menjadi islam dari lahir, jika tidak, apakah kita akan mencari hidayah itu? tapi berapa ramai yang tidak bersyukur dengan melanggar perintah Allah.

sebab itu orang yang masuk islam kerana mencari hidayah, lebih baik agamanya kerana mereka nampak keindahan Islam itu.

Cik Su Life Cycle said...

alhamdulillah dia dah masuk islam..

harap smpai mati dia masih islam..
semalam cik su tgk tv ade 2 org mualaf kuar islam kan

ejulz said...

smoga kita sama mndapat hidayah dariNya.. insyaallah..

Ainisha ali said...

SYUKURI nikmat IMAN dan islam :)
mari ke blog n menjwab
http://satumakna4u.blogspot.com/2010/12/kenal-diri-jwapannya-di-hati.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA