Monday, April 19, 2010

-Flora, Tumbuhan, Plant dan محطات

Assalamualaikum kawan-kawan....
lama tak kongsi fakta kt blog ni..ni terbace kisah tumbuhan rasa tertarik plak dengan ciptaan Allah s.w.t. yang banyak memberi manfaat pada manusia dan kehidupan di bumi ni...
Bila tgk cerita Wall E semalam, tgk keadaan bumi yang kontang tiada tumbuhan..tiada kehidupan...
cme ada robot je ngn lipas.... n satu yang menarik dalam citer ni hanya terdapat 1 jenis tumbuhan je yang hidup dalam kasut boot yang memberi harapan pada manusia untuk membentuk hidup baru di bumi... (citer ni karut sikit sbb manusia hidup dalam kapal angkasa yang aktiviti kehidupan dijalankan oleh robot)
Sorry la kalau ade antara pembaca blog ni rse saya ni xmature tgk citer katun...tp mang pon..saya ni kecik lagi..hehehe

Berbalik pada tajuk tentang tumbuhan..saya ingin berkongsi sedikit fakta mengenai tumbuhan..
Dianggarkan terdapat lebih 400,000 jenis tumbuh-tumbuhan yang diketahui wujud di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu berbunga dan tidak berbunga.

Keseluruhan tumbuhan berbunga mempunyai lebih 250,000 jenis mengatasi jumlah spesies tumbuhan tidak berbunga.
Bagaimanapun daripada segi usia kemunculan di muka bumi ini, ahli-ahli sains percaya tumbuhan tidak berbunga jauh lebih tua daripada tumbuhan berbunga.

Tumbuhan berbunga hanya muncul di muka bumi kira-kira 150 tahun lalu, sedangkan tumbuhan tidak berbunga muncul beratus juta tahun lebih awal.
Kajian ke atas fosil sejenis tumbuhan tidak berbunga yang ditemui di Rhynie, Scotland menunjukkan tumbuhan tersebut mendiami bumi kira-kira 380 juta tahun yang lampau.
Macam mana para sainstis n ahli arkeologi tu boleh kira umur fosil tersebut....???
Pape pon itu hanya anggaran semata-mata.. kerana kebenarannya Allah sahaja yang tahu...
Kita hanya diberi akal untuk berfikir dan bersyukur atas keagunganNya...
Wallahu'alam~~~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA