Assalamualaikum pembaca yang dihormati sekalian...
Semoga dalam keadaan ceria-ceria selalu dan dihindari dari segala kesusahan dan kesulitan dalam apapun perkara yang baik-baik kalian lakukan.. yangbaik-baik je dipermudah..yg jahat-jahat harap disusahkan...huhu
First tgk tajuk post kali ni cm biasa dgr je perkataan viceroy tu... Ada gak org kata Viceroy tu nama jenama rokok.. Tapi rupanya ada gak bunga tulip jenis viceroy....
Sebelum cerita tentang bunga tulip viceroy ni saya nak kongsi sikit kisah mengenai kehebatan tulip (bunga tulip). Kalau anda semua hendak tahu selain daripada bunga mawar dan orkid, bunga tulip turut menduduki senarai bunga-bunga yang popular. Bunga tulip mengandungi kira-kira 100 spesies yang mempunyai warna dan bentuk yang menarik.
Tulip dipercayai berasal dari Asia dan utara Afrika. Bunga ini mula popular di Eropah pada kurun ke-16. Orang yang mempopularkannya ialah Charles de L'ecluse, seorang pensyarah di Universiti Leiden, Belanda. Beliau mula menanam tulip di halaman rumahnya pada awal tahun 1590-an dan bunga-bunga itu dikatakan sering dicuri orang.
Itu baru permulaan, masuk je tahun 1634 hingga 1637, Belanda diserang oleh "tulipmania" sehinggakan bunga tulip diterima sebagai mata wang.
Ertinya, kita boleh menggunakan bunga itu untuk membeli barang yang kita hendak!
Masuk balik kisah tulip Viceroy ni...apa yang istimewa sangat tulip Viceroy berbanding tulip-tulip yang lain????
Ok..ok...xnak buang masa...kalau nak tahun sekuntum tulip Viceroy boleh dijual dengan harga yang sama nilai dengan 1000 paun keju, 4 ekor lembu, 8 ekor khinzir, 12 ekor kambing dan sebuah katil....
Adoi..tp xkan la kita nk beli khinzir plak kan dengan tulip Viceroy tu.... tp itulah hakikat yang berlaku di Belanda pada tahun 1634..
No comments:
Post a Comment