Wednesday, March 3, 2010

-PERBANDINGAN SUHU

Subhanallah...cuaca hari ni agak panas.. Jalan nak pergi kerja pagi ni pun rasa nak pitam. Pegang kepala terasa panas je.. Ya Allah...Agaknya macam mana pula keadaan di padang mahsyar di mana matahari berada sejengkal sahaja dari kepala..Bila dipikirkan balik rasa bersyukur sebab kepanasan di dunia masih kecil jaka hendak dibandingkan dengan kepanasan api neraka..

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam.”
Sahabat-sahabat Baginda berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa. ”

Baginda s.a.w., bersabda: “Meskipun demikian, kepanasan Neraka jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini. "

Maha Suci Allah yang menciptakan setiap sesuatu pasti ada hikmahnya... dan setiap ciptaanya juga membuktikan kekuasaannya yang tiada tara....

Bagaimanapun saya ingin berkongsi berkenaan dengan suhu matahari.
Suhu di permukaan matahari dianggarkan 6,000 darjah celcius. Suhu itu memang sangat panas.
Tapi jangan pula tersilap, sebenarnya matahari bukanlah bintang yang paling panas di alam semesta ini. Ada bintang lain yang suhu di permukaannya melebihi 50,000 darjah celcius.
Itu baru permukaannya sahaja.... Agaknya berapa pula suhu dalam bintang tersebut???

Wallahu'alam~~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA