Oh ya...sebelum saya terlupa... PJL bermaksud Perpustakaan Jalur Lebar di mana ia beroperasi di beberapa buah Perpustakaan Desa di serata Malaysia. Ada paham?? ok..kita tukar topik.....
Pernah tak anda semua terpikir untuk sampai ke Mekah dengan menaiki kapal terbang mengambil masa selama 8 jam. Adoi...8 jam tu pun rasa lenguh-lenguh badan di buatnya sebab duduk lama sangat. Jarak antara malaysia dengan Mekah ialah 6982 kilometer atau bersamaan 4338 batu dengan perbezaan waktu selama 5 jam...
Jarak di atas tidaklah terlalu jauh jika hendak dibandingkan dengan jarak antara bintang-bintang... ( memang la...kalau dekat-dekat nanti berlanggar pula kan...)
Jarak antara satu bintang ke bintang yang lain diukur dengan "tahun cahaya".
Bagaimana hendak mengira tahun cahaya????
Tahun cahaya bergerak sangat laju iaitu pada kadar 300,000 kilometer persaat. Ini bermakna dalam masa seminit cahaya bergerak sejauh 18,000,000 kilometer.
Dalam masa sejam pula pergerakan cahaya adalah sejauh 1,080,000,000 kilometer. Sekarang anda kiralah sendiri dalam setahun ada berapa jam, kemudian darapkan angka yang anda peroleh itu dengan 1,080,000,000. Berapakah hasilnya???
Tentu anda akan mendapati satu tahun cayaha bersamaan dengan 9,460,800,000,000 kilometer...

Wallahu'alam~~~~
No comments:
Post a Comment