Tuesday, March 2, 2010

-JARAK CAKERAWALA

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian..Semoga sentiasa berada dalam redhanya..Sesungguhnya setiap pekerjaan itu tidak akan mendapat berkat sekiranya tidak mendapat keredhaan Allah. Dan keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.

Alhamdulillah kali ini saya masih diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu mengenai kebesaran Allah. Walaupun difikirkan balik menceritakan kebesaran Allah itu tidak akan pernah habis kerana terlalu banyak keajaiban pada ciptaannya. Hatta hendak cerita tentang tubuh badan manusia time kuliah pun berbab-bab. Dengan sistem pernafasannya, sistem pencernaan, sistem saraf, tulang rangka dan pergerakan, deria dan pancaindera, sistem perkumuhan, sistem pertahanan badan...adoi..memang terlalu banyak kebesaran Allah melalui penciptaan anggota tubuh manusia. Belum masuk perkara lain termasuk alam ghaib yang tidak boleh dilihat dengan pancaindera manusia melainkan mereka yang dipilih oleh Allah...Maha Suci Allah...

Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat dari Perpustakaan Desa Puncak Alam. Maklumat ini saya dapat dari sebuah buku yang bertajuk 1001 fakta. Sejak bekerja di sini antara buku-buku yang menarik minat saya ialah buku ini.

Untuk pengetahuan sahabat sekalian.....Jarak antara cakerawala kita dengan cakerawala yang terdekat dengannya ialah 2.2 juta tahun cahaya atau bersamaan 20,813,760,000,000,000,000 kilometer. Itu baru dengan satu cakerawala.. Bagaimana agaknya dengan cakerawala yang lain?
Demikianlah kehebatan Allah yang menciptakan....

Wallahu'alam~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA