Friday, February 12, 2010

-SUKA DUKA PUTERI RASULULLAH

Dalam peperangan Badar, Rasullah s.a.w. amat gembira kerana tentera muslimin telah mencapai kemenangan. Tetapi dalam kegembiraan itu terdapat pula kesulitan yang dihadapi oleh baginda kerana di antara tawanan perang itu terdapat menantu baginda sendiri iaitu Abu al-Ash. Dia merupakan suami kepada puteri baginda yang bernama Zainab.

Zainab adalah seorang wanita yang beriman dan taat dengan perintah Allah. Tetapi suaminya, Abu al-Ash tetap musyrik. Waktu itu belum ada larangan bersuamikan dengan orang musyrik. Abu al-Ash telah menyertai puak Quraisy menentang orang muslimin dan akhirnya dia ditawan oleh tentera muslimin. Setiap tawanan perang hendaklah ditebus oleh anggota keluarganya sendiri.

Perkara ini disampaikan kepada Zainab di Mekah. Zainab sangat sayang pada suaminya. Dia mahu menebus suaminya walaupun dia ditawan oleh kaum muslimin yang dipimpin oleh ayah kandungnya sendiri. Tetapi dia tidak mempunyai apa-apa harta untuk menebus suaminya yang telah ditawan itu.

Memandangkan keadaan semakin terdesak, Zainab menanggalkan kalung pemberian ibunya, Khadijah sewaktu dia berkahwin dengan Abu al-Ash dahulu. Kemudian dia mengirim kalung itu ke Madinah sebagai penebus suaminya. Setelah kalung itu sampai ke tangan Rasulullah, baginda berasa amat terharu melihat kalung itu kerana ia mengingatkan kenangan-kenangan bersama Khadijah. Peristiwa perang Badar menyababkan kalung Zainab tersimpan bertahun-tahun lamanya.

Dalam pada itu pula turun wahyu yang menyeru Zainab dan suaminya bercerai walaupun kedua-duanya saling menyayangi antara satu sama lain. “ Wahai orang mukmin, bila datang kepadamu wanita beriman yang ikut hijrah maka ujilah (keimanan) mereka. Allah lebih tahu dengan keimanan mereka. Maka jika kamu tahu mereka beriman maka tidak boleh bagi mereka kembali kepada (suami mereka) orang kafir. Mereka tidak halal bagi mereka.”

Setelah mendapat wahyu itu baginda segara memberitahu Abu al-Ash walaupun pahit untuk Abu al-Ash menerima. Abu al-Ash sedaya upaya tidak mahu berpisah denagn isterinya, Zainab. Tetapi Rasullah tidak mahu hukum Allah dipermainkan. Hukum Allah tidak boleh ditawar-tawar. Baginda harus berlaku adil walaupun terhadap anak kandungnya sendiri.

Setelah mendapat berita itu Abu al-Ash kembali ke Mekah disertai dengan dua orang Ansar salah seorang darinya ialah Zaid Bin Harith. Sampai di Mekah, Abu al-Ash memberitahu pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Zainab bahawa meraka harus bercerai. Sebagai seorang wanita mukmin, Zainab menerima berita itu dengan hati yang tenang meskipun pahit untuk menerima kenyataan.

Kemudian Zainab bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Madinah untuk tinggal bersama Rasulullah s.a.w..Kepulangan Zainab ditemani oleh Zaid dan teman bekas suaminya, Kananan Bin Rabi’ atas permintaan Abu al-Ash.

Dalam perjalan mereka menuju ke Madinah, mereka telah dikejar dan diserang oleh orang Quraisy. Dalam serangan itu Zainab telah dihentak dengan tombak oleh Habar Bin Aswad. Zainab telah jatuh ke atas batu sehingga menyebabkan kandungannya gugur. Kananan cuba hendak membela Zainab, tetapi Abu Sufian dari pihak Quraisy memberitahu jalan keluar: “ Keluar pada siang hari adalah kebencian kepada orang Quraisy kerana ia merupakan satu kehinaan. Tetapi pergilah pada waktu malam tanpa diketahui orang”.

Pada mulanya Kananan tidak mahu menerima nasihat Abu Sufian kerana dikhuatiri mungkin hanya satu muslihat. Tetapi melihatkan keadaan Zainab yang keguguran, maka Kananan pun mencari tempat untuk beristerehat sementara menunggu hari malam.

Apabila malam menjelang Zainab dan rombongannya pun mula berangkat ke Madinah. Setelah sekian lama berjalan akhirnya mereka pun sampai ke Madinah dan terus berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.. Zainab menceritakan peristiwa yang mereka alami sepanjang perjalannan. Rasulullah berasa amat sedih kerana orang Quraisy telah menyebabkan kandungan anaknya gugur.Walaupun begitu, baginda berasa gembira kerana hukum Allah telah terlaksana, kini Zainab berada di Madinah dalam suasana Islam.

Pada suatu ketika rombongan Abu al-Ash telah berdagang di Madinah tanpa diketahui oleh sesiapa pun kecuali Zainab. Abu al-Ash telah masuk ke Madinah pada waktu malam atas permintaan Zainab.Keesokan harinya tersebar berita mengatakan Abu al-Ash telah masuk ke Kota Madinah. Baginda mengesyaki Zainablah yang memberitahu cara-cara untuk masuk ke kota itu.Baginda khuatir perbuatanZainab akan menimbulkan desas-desus yang bukan-bukan di dalam masyarakat. Baginda menasihati Zinab : “Wahai puteriku, muliakan tempatnya (sambutlah dengan baik) akan tetapi engkau tidak halal lagi baginya malah dia tidak boleh mendekati engkau”

Rasulullah menyedarkan Zainab bahawa dia tidak halal bagi Abu al-Ash. Pergaulan mereka mesti dibatasi.Akhirnya, Rasulullah s.a.w. memberitahu pada orang ramai bahawa kedatangan Abu al-Ash adalah untuk berdagang dan barangan dagangannya telah dirampas kerana dia masuk dengan cara tidak terhormat. Demi menghormati Zainab, maka barang dagangan itu dikembalikan. Abu al-Ash berasa amat gembira.

Kaum muslimin mengajak Abu al-Ash untuk memeluk Islam sebaik sahaja barang dagangannya dipulangkan. Tetapi Abu al-Ash menolak. Kemudian Abu al-Ash dan rombongannya kembali ke Mekah dan memulangkan barang dagangan itu kepada pemiliknya.

“Adakah lagi barang yang masih belum diterimanya?” Tanya Abu al-Ash. “Tidak” jawab mereka. “Dengarlah baik-baik. Saksikanlah olehmu bahawa tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah” Abu al-Ash bersaksi dihadapan mereka yang ada di situ.

Mereka terpinga-pinga dengan perubahan mendadak Abu al-Ash.Setelah Abu al-Ash mengatakan keislamannya dia pun berangkat ke Madinah. Sampai di Madinah, penduduk di situ kehairanan melihat kemunculan Abu al-Ash tanpa barang dagangannya. Dengan tersenyum Abu al-Ash memberitahu bahawa dia telah memeluk Islam dan kedatangannya ini adalah untuk beriman kepada Allah dan menemui Rasulullah.

Dalam pada itu Rasulullah s.a.w. muncul ditengah-tengah orang ramai sambil mengucapkan syukur ke hadrat Allah. Akhirnya baginda mengembalikan Zainab kepada Abu al-Ash dengan perkahwinan secara Islam. Inilah salah satu daripada kisah suka duka puteri Rasulullah dalam mematuhi perintah Allah dan RasulNya.



Wallahu'alam~~



Lirik Lagu Zainab- Mestica

Di kiri kekufuran di kanannya iman,
Di sisi suami di hati seorang ayah,
Di antara hukum dan di antara cinta,
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya,

Bukan mudah menjadi puteri Rasullah,
Ketika suamimu masih jahiliah..

Hijrahmu tertahan,
Engkau keseorangan,
Memelihara iman,
Di tengah kekufuran,

Takdir menentukannya,
Suamimu tertawan..
Di medan Badar yang sangat menggetirkan..

Lalu kau hulurkan kalungan kenangan,
Sebagai penebus suami tersayang,

Menitis air mata Rasul melihatnya,
Melihat Si Khadijah seolah berbicara..

Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya..
Namun perintah Allah memisahkan keduanya,
Bahang panasnya gurun menikam ke sukma,
Zainab mulakan hijrah yang ditangguh demi cinta

Ketika perjalanannya unta dibunuh..
Kau keguguran……….kandungan..

Zainab kau sungguh tabah,
Dipenuhi kesabaran,
Tidak rasa keliru antara dua persimpangan..
Antara dua kasih suami dan juga ayah..
Juga antara cinta dan taat kepada Tuhan..
Berjaya kau menempuhi segala rintangan….
Demi cinta………..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA