Tuesday, January 26, 2010

-Nabi Idris A.S

Tatkala Rasulullah s.a.w. melakukan mikraj, baginda bertemu dengan Nabi Idris a.s. di langit yang keempat. Ini membuktikan bahawa Nabi Idris adalah seorang Nabi yang tinggi darjatnya.

Menurut keterangan dalam kitab al-Quran, Nabi Idris ditinggikan darjatnya kerana amalana soleh yang dilakukan sepanjang hayatnya. Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi Idris a.s. yang bermaksud:

" Akan Aku angkat engkau kerana amalanmu setiap hari, lebih tinggi daripada anak Adam. Jadi, bertambah amalanmu akan bertambah tinggi pula pangkatmu". (Q.19: 56-57)

Ini memberi pengajaran kepada kita bahawa nilai seseorang dan tinggi darjatnya hanyalah akan ditentukan oleh amalan soleh selama di dunia.
Seperti yang dilakukan oleh Nabi Idris, semakin tinggi amalan soleh yang dilakukannya, semakin tinggi pula darjat yang diperolehinya. Nabi Idris tercatat sebagai seorang nabi yang ilmu pengetahian dan martabatnya lebih tinggi dari kaumnya.


Tatkala pada usia remaja lagi Nabi Idris sangat rajin belajar mencari pelbagai ilmu. Kemudian Nabi Idris mengajarkan ilmu tersebut kepada kaumnya.Baginda mencipta dan mengajar huruf yang selama itu belum dikenal oleh manusia. Sayangnya jenis dan bentuk huruf tersebut tidak jelas dalam catatan sejarah.
Nabi Idris juga mengajar ilmu menjahit pada kaumnya.Ini kerana pada zaman Nabi Adam dan beberapa zaman kemudiannya, manusia masih belum mengenal pakaian.Mereka menutupi tubuh mereka dengan daun-daun , rumput dan kulit kayu yang diperoleh dari hutan.

Nabi Idris mula mengajar kaumnya menutpi tubuh dengan cara yang lebih baik. Hidup mereka menjadi lebih teratur dan penampilan mereka lebih kemas. Kebersihan dan kesucian Nabi Idris digambarkan pada setiap baginda mencucukkan jarumnya ke kain, baginda akan menyebut " subhanallah" Maha Suci Allah.

Mungkin anda semua tertanya-tanya siapakah kaun Nabi Idris a.s. ?

Kaum Nabi Idris tidak bernama.Baginda diutus untuk anak cucu Adam. Nabi Idris juga belum membawa syariat bertulisSebagai seorang nabi, baginda adalah pemuka agama. Baginda tidak selalu memperoleh sambutan yang menyenangkan daripada kaum yang menentang dan memusuhinya.
Mereka membenci dan menolak ajaran Nabi Idris a.s. Begitulah cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh seorang nabi yang pastinya tidak akan selalu lurus jalannya..

Wallahu'alam~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA