Sunday, January 3, 2010

-PERTUMPAHAN DARAH YANG PERTAMA DI MUKA BUMI

Nabi Adam a.s dan Hawa memperolehi pelbagai kenikmatan sewaktu di dalam syurga. Akan tetapi, disebabkan pujukan syaitan mereka telah melanggar perintah Allah s.w.t. dan memakan buah larangan di dalam syurga. Firman Allah s.w.t. : "Hai Adam diamilah olehmu dan isterimu di dalam syurga ini. Makanlah makanan yang banyak dan baik, di mana sahaja yang kalian sukai. Tetapi janganlah engkau dikati pohon ini (terlarang) yang menyebabkan kamu termasuk dikalangan orang-orang yang zalim." (Q.2:35)

Setelah Adam dan Hawa melanggar larangan Allah maka terlucutlah segala pakaian dan perhiasan syurga dari badan mereka. Kemudian Adam dan Hawa diperintahkan untuk turun ke bumi. Dengan meninggalkan syurga tersebut, Nabi Adam dan Hawa sedar betapa mahalnya nilai syurga dibandingkan dengan kenikmatan yang ada di bumi. Sebelum berangkat Allah berfirman kepada Nabi Adam: " Kelak akan Aku kirimkan petunjuk, dan jika engkau ikuti petunjuk-Ku maka kalian akan selamat." ( Q.2.38)

Hal ini bermakna, sejak dari zaman Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat manusia akan selalu memperolehi petunjuk Allah s.w.t.. Sekiranya manusia mengikuti petunjuk Allah maka dia tidak akan tersesat dan akan selamat hidupnya di dunia dan akhirat.

Setelah beberapa lama Nabi Adam dan Hawa tinggal di bumi, diceritakan bahawa baginda dikurniakan dua orang pasang kembar lelaki dan perempuan iaitu Qabil dan kembarnya Iklima kemudian Habil bersama kembarnya Damina .
Habil dan Qabil meminati Iklima kerana mempunyai raut wajah yang cantik. Perkara ini sampai ke pengetahuan Nabi Adam. Lalu baginda berhasrat ingin mengahwinkan anak-anaknya yang sudah dewasa.
Oleh kerana bumi pada waktu itu hanya tinggal mereka sekeluarga kemudian turunlah perintah Allah untuk mengahwinkan putera dengan puteri baginda dengan syarat perkahwinan bukan antara kembar masing-masing.Ini bermakna Habil diminta berkahwin dengan Iklima, pasangan kembar Qabil. Manakala Qabil harus berkahwin dengan pasangan kembar Habil, Damina.

Lalu Allah memerintahkan Habil dan Qabil mempersembahkan korban berupa hasil pertanian dan perternakan kepada-Nya bagi menentukan siapakah yang akan berkahwin dengan Iklima yang cantik menawan. Lalu korban Habil diterima oleh Allah kerana disertai dengan hati yang ikhlas. Sebaliknya korban Qabil tidak diterima Allah kerana penyerahan korban itu tidak disertai dengan keikhlasan.

Melihat korban Habil diterima, Qabil menjadi benci dan dengki kepada habil. Tambahan pula Habil dapat berkahwin dengan wanita pujaannya (Qabil) yakni kembarnya,Iklima yang cantik jelita sedangkan Qabil diminta berkahwin dengan kembar Habil, Damina. Ini menyebabkan Qabil bertambah dengki dengan Habil sehingga dia berkata: "Aku pasti membunuhmu, Habil!". Lalu Habil menjawab : "Sesungguhnya Allah hanya menerima ( korban)dari ornga-orang yang bertakwa.Kalau engkau menggerakkan tanganmu untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menggerakkan tanganku untuk membunuhmu. Aku takut pada Allah Tuhan Sekelian Alam."

Darah Qabil semakin mendidih mendengar jawapan Habil. Kemarahannya memuncak, nafsunya tidak terkawal lagi, lalu Qabil menyerang dan membunuh Habil. Habil mati di tangan saudaranya sendiri, Qabil. Darah tertumpah ke bumi. Itulah darah manusia pertama yang tertumpah ke bumi dan itulah pembunuhan yang pertama di muka bumi yang berpunca dari hasad dengki serta kerana seorang wanita.

Melihat mayat Habil tergeletak di tanah, Qabil menjadi bingung. Apakah yang hendak dilakukan oleh mayat Habil tersebut. Lalu Allah s.w.t. mengirimkan seekor gagak. gagak itu menggali tanah. Ia memperlihatkan kepada Qabil bagaimana seharusnya ia menguburkan saudaranya. Qabil sedar dan mengerti isyarat burung tersebut.
Kemudian Qabil menguburkan mayat Habil.


Ramai yang bertanya berapakah usia Nabi Adam a.s. wafat? Bermacam-macam pendapat namun yang jelas usia Nabi Adam sekitar 200 tahun. Hawa meninggal lebih dahulu daripada Nabi Adam. Kubur Nabi Adam dan Hawa tidak jelas di mana. Ada yang mengatakan di Sailan, ada yang mengatakan di Jeddah. Masih Belum diketahui hinggalah ke hari ini.




Wallahu'alam~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA