Saturday, January 2, 2010

-NABI ADAM A.S MENIKAH DI DALAM SYURGA

Ada riwayat menerangkan, ketika Nabi Adam menikmati keindahan alam di dalam syurga, baginda ternampak dua ekor burung hinggap di sebatang pokok sedang bercumbu-cumbuan. Ketika itu timbullah keinginan di dalam hati Nabi Adam: " Alangkah seronoknya jika aku mempunyai teman seperti burung itu". Ketika Adam asyik mengelamun, tiba-tiba datang angin daru syurga bertiup sepoi-sepoi bahasa, segar dan nyaman rasanya. Lalu baginda tertidur di situ sambil duduk bersandar di sebuah kerusi.




Ketika itu Nabi Adam bermimpi bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik rupa parasnya sehingga baginda jatuh cinta kepadanya. Dikala baginda tertidur Allah telah menciptakan seorang wanita cantik rupa parasnya serupa dengan wanita yang berada di dalam mimpi baginda.

Menurut pendapat sebilangan Ulama, wanita itu dijadikan dari tulang rusuk Nabi Adam sebelah kiri. Firman Allah s.w.t. :
"Daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, bahawasanya Dia telah menciptakan untukmu dari diri kamu akan isteri supaya kamu dapat kesenangan dengannya. Dan diciptakan di antara kamu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya dalam soal yangdemikian itu adalah betul-betul menjadi tanda(kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir". (surah Ar-Rum:21)

Ayat tersebut menerangkan bahawa Allah menjadikan pasangan dari diri lelaki itu sendiri yang tentunya dari diri Adam. Ketika itu muncullah seorang gadis cantik laksana bidadari datang mendekati Adam. Kulitnya putih kuning kemerah-merahan, wajahnya cantik dan bentuk tubuhnya molek dan menarik dengan gaya yang cukup menawan. Dia menatap wajah Adam dengan penuh kasih sayang. Akhirnya Adam terbangun, lalu baginda terkejut bercampur riang melihat rupa orang yang berdiri di sampingnya serupa dengan gadis di dalam mimpinya.

"Siapakah engkau hai orang cantik? Siapakah namamu? Dan apakah tujuanmu ke mari?." tanya Nabi Adam. " Aku adalah seorang perempuan. Tujuan kukemari adalah untuk menemani engkau. Namaku terserah kepada engkau untuk memberinya padaku". Begitulah jawab perempuan itu dengan suara yang lembut hingga kelihatan giginya putih membayang gelas. Lalu Adam membalas senyuman perempuan itu sambil berkata: "Terima kasih. Kalau begitu aku namakan engkau Hawa."


Kemudian keduanya saling berpandangan, mata bertemu mata lalu timbullah rasa cinta antara keduanya. Seketika itu datang berahi Adam, kerana dia tidak tahan melihat kecantikan Hawa. Dia cuba merangkul tubuh Hawa dan ingin sekali menciumnya. Seketika itu datang firman Allah: "Janganlah engkau menyentuh dia sebelum engkau aku nikahkan dengannya."

Selepas itu Allah memanggil para malaikat berkumpul untuk merasmikan pernikahan Adam dan Hawa. Maka di saat itulah diadakan upacara pernikahan di antara Adam dan Hawa di mana mereka dinikahkan oleh Allah dengan ijab qabul serta mas kahwin dan emas dan perak dari syurga serta disaksikan oleh para malaikat. Setalah selesai akad nikah keduanya diizinkan tinggal di dalam syurga khusus untuk mereka berdua.


Wallahu'alam~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA