Thursday, October 3, 2013

KELAHIRAN dan KEMATIAN

Assalamualaikum..
2 kenangan yang tidak akan kulupakan.. Iaitu saat2 kehilangan nenek tercinta dan kelahiran izara sufia ke dunia... aku ingat lagi haritu 7/4/2013(ahad) aku tengah iron baju suami. tiba2 ada org call hp aku. aku tak angkat sbb ingatkan alarm berbunyi... lpas tu suami angkat then bg tau nenek yus dah meninggal.. sedih tak terkata.. tp masa tu aku tak menangis pon.. mybe aku dah tau nenek sakit teruk dalam beberapa bulan ni. asik keluar masuk hospital dan pernah koma.... sebelum pg simpang 5, sg besar kami makan dulu.. (spegeti yang aku masak ptg semalam.. itulah kali terakhir aku masak sebelum aku terberanak).. pg2 dah makan spegeti. mat saleh pon xwat cmtu..

sampai kat kmpung dalam pukul 10 lebih. ramai dah org. bila masuk rumah, mak suru tgk jenazah nenek.. Ya Allah.. masa tu dah tak tertahan air mata ni.. wajah kesayangan itu telah pergi menggalkan aku. arwah nenek seorang yang sangat prihatin, take care, penyayang,pemurah,penyabar... baik sangat orgnya... dan paling suka kalau dia masak.. adik2 aku semua suka kalau nenek masak. emak aku apa ntah lagi.. walaupun itu bukan ibu kandung mak aku, tp nenek aku tulah yang membesarkan dia dr kecik. love u nenek.. pergi mu tiada pengganti....


 kenangan dengan arwah nenek

 selepas dua hari pemergian nenek... lalu dikhabarkan yang aku akan bersalin pada hari itu (9/4/2013) ... pukul 3 pg dah turun tanda... dan pd pukul 9pg baru aku tau yang baby aku songsang... masa tu takut sangat. tp suami aku biasa je bila tau aku akan dioperate... mak mertua aku pun sama gak.. diorg tak de nak takut2 kan aku sebab kne operate. jd aku pun redha dioperate. cuma mak aku yang risau sgt. almaklumlah.. cucu sulong.. tp alhamdulillah.. pada pukul 2.51 pm aku selamat melahirkan baby secara czer... baby izara sufia.. mama love u so much...




sukanya my hubby

mak n baby


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA