Monday, September 12, 2011

:: ADAKAH ANDA PASTI AYAM YANG ANDA MAKAN ITU HALAL? ::

Assalamualaikum..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Akan datang suatu zaman seseorang tidak akan peduli tentang apa yang ia ambil, apakah itu halal atau haram" (HR Bukhari)


Baru-baru ini kita digemparkan tentang isu ayam yang dijual di market dan pasar-pasar... Bila cerita tentang isu penyembelihan ayam ni, ianya memang dekat dengan pekerjaan ayah aku sekarang... Ayah aku pun pemproses ayam jugak di hadapan SMK Puncak Alam... Sesiapa yang sudi boleh la berkunjung ke JAMALI FARM PRODUCT.. daging kambing dan lembu pun ada gak kalau nak..

Sejak ayah aku kerja sebagai pemproses ayam ni banyak benda pasal sembelihan ayam kat luar yang aku tau.. Mula-mula dulu ayah tak bagi kami sekeluarga makan ayam kat luar sebab ayam tu kotor. Kotor macam mana???? Ayah kata ayam kat luar tu diproses dengan cara lepas sembelih terus rebus ayam tu dengan najis dan darah ayam yang tidak dibersihkan. Bayangkanlah macam mana ayam tu direbus bersama dengan najisnya.. Kotor kan? Tak tahu la ada yang kata bersih..... Padahaldalam Islam digalakan mencari makanan Halalan Toyyiba.. Halal dan bersih... Tapi.... Walaupun ayah dah cerita mcm tu kat kami adik-beradik, kami tetap makan ayam kat luar.. Lagi-lagi Ayam Bob..hehehe... Asal kitorg beli ayam kat luar je ayah marah..

Sampai la beberapa lama kemudian, seorang kawan ayah yang berpengalaman 20 tahun dalam bidang pemprosesan ayam bagi tahu tentang isu sembelihan.. Sememangnya.. Terlalu banyak ayam yang boleh dikatakan bangkai telah disembelih untuk kita semua.. Khususnya umat Islam di Malaysia. Bayangkan dalam 4000 ekor sehari ayam yang hendak disembelih, 1000 daripadanya telah mati dan ayam yang mati tu tidak diasingkan dengan ayam hidup... Yaaa.. Memang benda tu bukan salah kita, sebab syarikat pemprosesan ayam tu menipu.. TAPI... Bukankah mencari yang halal itu FARDHU bagi umat Islam???

Di malaysia, 97% industri ayam dikuasai pengusaha non muslim. maka, tidak hairanlah jika kita sering digemparkan dengan paparan media seperti surat khabar dan televisyen sepanjang tahun bahawa betapa banyak ayam yang tidak halal dijual kepada pengguna muslim dengan begitu bebas di pasaran Malaysia. Di samping ayam yang tidak halal, ratusan ribu ayam berpenyakit dan mempunyai kandungan antibiotik tinggi yang boleh memudaratkan kesihatan dijual kepada umat islam setiap hari...


Mengapa doa kita tidak diterima???

Rasulullah SAW bersabda bahawasanya tidaklah diterima ibadahnya seseorang yang memakan barang yang haram. Baginda menambahkan lagi, byk org berusaha sekuat tenaga untuk beribadah kpd Allah SWT lalu mengangkat kedua tangannya seraya memohon " Ya Allah, kumohon padamu terimalah ibadahku, tetapi sekiranya makanannya haram, minumannya juga haram, pakaiannya juga haram, bagaimana mungkin doa mereka itu akan dimakbulkan?

(HR Muslim & Tirmidzi)


Ayam yang diproses oleh Jamali Farm Product


1. Hanya ayam yang sihat sahaja dipilih untuk disembelih.
2. Usus dikeluarkan sebelum proses seterusnya.
3. Ayam disiram dengan air untuk membersihkan najis dan darah yang melekat pada bulu.
4. Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang bersih untuk melembutkan bulu.
5. Proses mendorong air tidak dilakukan kerana bertentangan dengan syariat untuk menipu timbangan.


Amalan memproses ayam di Malaysia.


1. Tidak kira jenis dan keadaan ayam termasuk ayam yang berpenyakit dan bermasalah turut disembelih demi keuntungan.
2. Usus yang penuh dengan najis tidak dikeluarkan sehingga ayam siap diproses.
3. Darah dan najis dibiarka nsehingga dapat mencemarkan daging ayam.
4. Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang pekat dicemari oleh najis dan darah ayam.
5. Teknik "water induce" (proses mendorong air) ke dalam badan ayam untuk menambahkan berat badan dan mengaut keuntungan dengan menipu.





MUAR 20/10/2008: Gambar menunjukkan ayam yang tidak disembelih dengan sempurna daripada pembekal ayam yang diragui status halal dalam satu operasi yang dijalankan disebuah pasaraya di Muar. Foto Shahrul M.Zain.





MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU BAGI UMAT ISLAM.. TIADA ALASAN UNTUK KITA MENGELAK DARI MENCARI YANG HALAL.... SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK PADA KITA SEMUA..

Wallahu'alam~~

2 comments:

haliqA said...

subahannallah~ risaunyaa~~tq ats sharing anda =)

yayath said...

thanks sharing info ni:)emm..kena sentiasa berjagajaga isu makanan ni~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA