Wednesday, August 3, 2011

:: BAGI DUIT KAT ORANG BANYAK-BANYAK KALAU NAK KAYA ::

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan pada semua muslim muslimat. Alhamdulillah tahun ni dapat lagi kita berpuasa dan beribadah kepada Allah dengan pahala yang digandakan oleh Allah pada bulan Ramadhan ni sememangnya menaikkan semangat untuk beribadah kepada Allah..


Jujur aku katakan hampir berbulan-bulan aku tak baca al-Quran.. Kalau baca pun ada la sehelai muka surat. Tapi semangat Ramadhan ni memang lain sikit baca al-Quran sehari 2,3 juzuk sehari pun rasa tak puas.. Seronok je.. Malah terbit rasa damai di hati.. Rasa malu pulak pada Allah sebab beribadah padanya ikut hari-hari tertentu.. Ya Allah, semoga kali ni aku dapat istiqomah beribadah pada-Mu. 


Actually baru-baru ni aku kena ceramah dengan seorang kawan berkenaan sedekah. Kawan aku ni dia merupakan salah seorang perawat perubatan Islam As-Syifa' dan Ramadhan ni dia mengumpul dana untuk program sempena Ramadhan..Antaranya sumbangan untuk fakir miskin, kurma, wakaf al-Quran dan kain pelekat. Kelebihan program untuk fakir miskin dan kurma akan mendapat pahala puasa seramai yang berbuka dengan makanan yang kita beri. Manakala mereka yang memberi sumbangan untuk wakaf pula akan  mendapat pahala berterusan selagi mana wakaf tadi digunakan. Kelebihan lain, Allah akan ganti setiap infak yang dikeluarkan, makin kaya, tenang, sihat, tolak bala dan sebagainya.


Huurmm.. Agak-agaknya berapa ramai yang percaya dengan kelebihan sumbangan/ sedekah di atas?? Kita cuba lihat berapa ramai orang yang yakin dengan menabung dalam ASB dan berapa ramai orang yang yakin menabung dalam BANK ALLAH. BANK ALLAH yang dimaksudkan di sini ialah sedekah..
Seperti yang kita tahu Allah SWT telah menyatakan dalam beberapa surah mengenai kelebihan sedekah. Antaranya:


Surah Al Baqarah,Ayat 245:
"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan."


Surah Al Baqarah, Ayat 261:
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui."


Surah Al Baqarah, Ayat 262
"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."

Tengok.. kan Allah dah janji akan melipat gandakan harta kita bila kita bersedekah.. Tapi tak ramai yang percaya.. Kawan aku yang kutip dana tu cerita, ada seorang hamba Allah ni sanggup sumbangkan RM1000 untuk program ni dan hamba Allah tu sikit pun tak sayang duit dia sebab dia percaya sedekah akan buat dia kaya. Tapi ada gak insan hanya menyumbang RM1 walaupun gajinya RM3000. Kenapa macam tu?? Jawapannya kerana insan itu tidak yakin dengan janji Allah. dan lagi walaupun insan itu gajinya RM3000 tapi insan itu kata dia tak ada duit nak sumbang banyak-banyak... hurrmmm.. padahal kalau tak ada duit tu la kena sedekah banyak sikit supaya Allah gandakan lagi dengan 10 kali ganda. 


Cerita kawan aku tu buat aku sedar. Kadang-kadang aku pun pelik gaji RM1000, kerja depan rumah, makan minum parent sediakan, tapi duit selalu je tak cukup.. Rupa-rupanya aku ni jarang sedekah.. Aduh, lepas ni taknak kedekut lagi!! tapi kan memang tabik hormat la pada orang yang langsung tak berkira dalam bab sedekah..
Cuba kita uji keimanan kita dalam bab sedekah, kalau kalian ada duit berjumlah RM70, dengan note RM50, dan 2 note RM10. Tiba-tiba ada orang meminta sedekah.. Berapa RM yang akan kalian bagi?? Nak bagi RM50 ke, RM10, atau RM20 atau kalian nak jawab " maaf saya tak ada duit kecil" ?? Nggeee... sejujurnya aku akan bagi RM10.. Bila aku jawab macam tu kat kawan aku tu, banyak la aku kena tazkirah dengan dia.. Tapi best jugak.. Yela tak banyak kawan yang nak nasihat benda baik2 kat kita. Thanks ye KAWAN sebab bagi nasihat yang berguna untuk aku.


Mak aku pun selalu kata, kalau mak ayah aku lama tak sedekah mesti terjadi macam-macam kat kuarga aku. Jadi mak ayah aku selalu takkan lupa untuk sedekah untuk elak bala dan Alhamdulillah memang sedekah tu petua nak elak bala yang paling mujarab. 


Uiishh.. panjang jugak aku taip ni.. Ok2.. yang ni last.. Satu pesanan dari emak aku tersayang.. Dia pesan kalau susah sangat nak dapat jodoh,  kena rajin2 sedekah.. betul ke ni?? Emak aku pun tahu dari ceramah yang dia dengar kat TV.. tapi aku percaya dengan apa yang mak cakap... Jadi aku niatkan kalau Allah tak balas wang yang aku sedekah dengan wang tunai, aku harap Allah balas dengan jodoh yang baik.. Amin~~




SESIAPA YANG HENDAK MENYUMBANG BAGI PROGRAM SEMPENA RAMADHAN UNTUK FAKIR MISKIN, KURMA DAN WAKAF AL-QURAN, BOLEH HUBUNGI USTAZ WAN DI TALIAN 0132899126. 

JANGANLAH ANDA RISAU MENABUNG DI BANK ALLAH. KELEBIHANNYA LEBIH BERLIPAT KALI GANDA DARIPADA SIMPANAN DI ASB.. PERCAYALAH!

9 comments:

aiman fanboy k-pop said...

a nice entry..in short,kita mesti menggadakan amalan di bulan pose ni.....

HARITH ISKANDAR said...

oo baru tau ni.tq sbb kongsi.lepas ni nak bg kat org byk2 lah..insyaallah :p

Adzriel @ Liza AB said...

bila kita dlm susah, cuba2lah bersedekah. Insyaallah, rezeki tu tak putus.

Norraidah Abdul Rashid said...

entri yg baik! sma- smalah kita beramal di jln ALLAH.. =)

POSH76 said...

mmg betul kalau pemurah lagi bertambah rezeki

yusuf Laili said...

Salam kenalan;
moga amalan sedekah kita iklas supaya diterima Allah s.w.t

Cik Bell said...

suka entri nie..
byak2kan sedekah tak kiralah dibulan Ramadhan ataupun tidak kan..sebab rezeki yg diberi Allah sebaiknya dikOngsi bersama dgn mereka yg memerlukan :)

Sweet N Pretty said...

gud n3. mmg ramai yg tk sedar hakikat di n lebih byk kita beri/sedekah berganda2 kita terima dr Allah. tk perlu rasa kikir sbb tiada sebesar zarah di dunia ni milik kite, semua milik Allah swt. kalau terlalu bakhil kelak Allah kan tarik balik rezeki yg diberi. sesungguhnya rezeki kita ada bahagiannya utk org lain:)

pengemis Cinta~ said...

Salam ziarah.nice entri.;)jangan takut miskin jika bersedekah.semuanya adalah berbalik kepada keberkatan, bukan pada amaunya. yang last tu suka,soal jodoh hehe^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA