Subhanallah setelah beberapa bulan aku tak update blog ni.. akhirnya Allah menggerakkan hati aku untuk kembali untuk menceriakan blog ni.. Kesian aku kat blog ni..
Walau macam mana pun inchallah lepas ni aku akan rajin-rajin update blog sebab saat-saat kritikal yang aku lalui telah berlalu...
Alhamdulillah setelah beberapa bulan aku tak lena tidur disebabkan Program Hari Terbuka Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) dan Galakan Membaca akhirnya pada 18 Julai, Isnin lalu setelah abis program terasa semua beban hilang.. Apa pun aku amat bersyukur disebabkan adanya program yang aku kena konduct, membuat aku lebih berani dan berdikari.. Mana taknya, bayangkan mengadakan sebuah karnival tanpa bantuan AJK.. ingat senang.. Sepatutnya secara logik semua program yang diadakan kena ada AJK.. tapi aku tak.. gerak sorang2 je.. Dari jemputan 5 Agensi Kerajaan dan NGO hinggalah jemputan wakil VVIP ( Aku jemput Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB dr Dzulkefly Ahmad) aku buat sorang2.. Tapi alhamdulillah aku ada ayah yang sudi membantu.. Ayah la yang tolong hantar aku ke tempat2 agensi yang aku jemput ( PDRM Kuala Selangor, AADK, BOMBA, JPAM, Jabatan Kesihatan Kuala Selangor ). Alhamdulillah gak sebab semua agensi datang kecuali BOMBA.. Tapi tanpa disangka ada pulak syarikat lain yang nak isi tapak pameran yang kosong tu.. So, semua tapak agensi time program tu penuh.. Cuma VVIP tak dapat datang diganti dengan wakilnya En. Maskor b Tumiran, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Selangor. Syok jugak dengan En. Maskor sebab dia sempoi je orangnya... Tak macam VVIP yang lain nak kena sambut bagai nak rak.. hehehe.. Actually En. Maskor jugak berkawan dengan ayah aku.. So, tak ada problem nak berinteraksi dengan beliau..
Di pagi hari program berlangsung, jam 9.00 pagi aku dah mula risau sebab wakil dari MSD ( nama syarikat@ majikan aku) tak muncul-muncul sedangkan agensi dari PDRM dah sampai time tu.. Dalam pukul 10.00 pg baru diorang sampai pasang2 banner, PA system, khemah.. time tu memang sikit orang datang.. Ada la tak sampai 10 orang.. Sedih betul aku time tu.. tapi alhamdulillah ada pihak yang berbaik hati terutama dari persatuan wanita seksyen 2 yang rajin calling2 kawan2 untuk datang hari program tu.. dan menjelang pukul 11 semakin ramai orang datang...
Keseluruhan hari program tu 230 orang yang hadir dengan keahlian PJL 25 orang.. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir.. Harap2 lepas ni tak ada lagi program cmni diadakan.. huhuhu
So, cerita selanjutnya.... Saya ceritakan melalui gambar berikut~~~~~lalalalalalla
Menyerahkan cenderahati kepada wakil ahli parlimen, En. Maskor
Bermesra dengan ular di booth JPAM
Khemah kehadiran pengunjung
Aktiviti Colouring Online bersama pelajar Pasti Edu Kids Al- Amin
Aktiviti Kerusi Beracun dijalankan oleh kru MSD
Penyampaian Hadiah Menaip Terpantas
Geng My School Rocks !!
4 comments:
boleh pinjam ular t tak wat makan tikus kat umah.. hehhehe
http://hanyaaku91.blogspot.com/2011/07/tukar-kembali-ke-style-chatbox-fb-yg.html
tahniah amalina!
tahniah.. : )
tak suke ular >,<
Post a Comment