Cuti Tahun Baru Cina kali ini sangat best kerana aku telah merantau ke satu alam fantasi yang penuh pengembaraan seolah-olah aku jadi Alice macam cerita "ALICE IN WONDERLAND" !!!!! huuuuuu ~~~
Oppss... syok sangat berfantasi sampai lupa minggu ni aku dah start kuliah. Buku yang diberi time pendaftaran aku baca seciput je tapi aku duk sibuk study "Rayyan Fantasi". Dah lama gak aku cari novel ni.. Almaklum la... aku ni peminat karya Ramlee Awang Murshid, asal aku dengar je novel baru dia keluar mesti aku tercari-cari... Tapi disebabkan aku jarang-jarang keluar, so nak dapatkan novel ni lambat sikit walaupun aku dah tau novel ni keluar Disember lepas....
Apa pun wahai novel, kau dah menjadi milik aku sekarang.... maka bertambahlah lagi koleksi novel Ramlee Awang Murshidku~~~~ huahuahua
Koleksi karya RAMLEE AWANG MURSHID ku ~~♥♥
Rayyan Fantasi - Baru!
Cinta Sufi
9 Nyawa
Mikhail
Ungu Karmila- Nama kat FB aku ;p
Hatiku Di Harajuku
Adam
Mandatori
Satu Janji
Rahsia Perindu
Ranggau
Tombiruo
Semangat Hutan
Tombiruo Terakhir
Bagaikan Puteri
Cinta Sang Ratu
Hijab Sang Pencinta
Apa yang istimewa sangat dengan karya RAM ni??
Actually.. sejujur-jujurnya aku mula minat dengan karya beliau pada tahun lepas.. First novel RAM aku beli tajuknya " BAGAIKAN PUTERI".. Ntah kenapa tergerak hati nak beli novel Bagaikan Puteri bila nampak novel ni kat book store. Dulu time sekolah ada rakan seasrama cakap novel tu best.. sikit-sikit cakap jatuh cinta dengan Laksamana Sunan ( Watak dalam novel Bagaikan Puteri). Padahal aku time tu sikit tak heran dengan apa yang dia cerita tuh.... Last-last sekarang aku la paling excited bila novel terbaru RAM keluar!!Nggeeeeeee~~
Berbalik pada soalan (setelah jauh menyimpang :p ) ..
Aku amat menyukai dan mencintai karya RAM ini kerana setiap kali karyanya aku baca seolah-olah aku tengok filem thriller dekat HBO & Star Movies.. aku memang suka tengok cerita yang saspen n ada lawan-lawan, tembak-tembak... syok wwooooo!!! tapi paling unik bila RAM menyelitkan unsur-unsur islamik dalam novelnya.. kadang-kadang sifat watak yang dalam karya beliau buat aku terharu sehingga menitiskan air mata. Malah banyak menyedarkan aku bahawa Allah lebih berkuasa, makhluk tiada kuasa untuk melakukan apa-apa tanpa izin dari Allah... Unsur-unsur sufi yang diselitkan dalam Trilogi Bagaikan Puteri (merangkumi novel Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta & Cinta Sufi) aku rasa sangat unik.. dan kadang-kadang terlintas difikiran aku tak semua manusia tahu mengenai ilmu sufi melainkan dia berguru.. aku pikir RAM ni belajar ilmu sufi kut sebab tu dia boleh membayangkan watak Laksamana Sunan yang bagi aku dia seorang ahli sufi ( Betul ke ni???)..
Begitu juga dengan novel Rayyan Fantasi... aku berasa ta'jub dengan karya ni.. Subhanallah.. hebat betul Allah mengurniakan RAM ilham boleh terpikirkan perkara yang kita tak terpikir..
Tertarik dengan ulasan beliau mengenai Rayyan Fantasi :
" Serius ada.. jenaka pun ada juga. Hidup tak boleh terlalu serius, takut menghadapi tekanan perasaan. Berjenaka sangat pun tak boleh, bimbang terlupa asas kehidupan. Maka, berseimbanglah............." Lanjut beliau lagi, "Nikmatilah karya ini dan pujilah Allah"
Wallahu'alam ~~
7 comments:
semoga kita terkesan+dapat mengesan kan orang lain sama untuk turun mencintai DIA.
salam...
saya just blogwalking kat sini..baru tahu pasal blog ni..
anyway kalo ada masa, silalah ke blog saya.
happy blogging :-D
regards,
BLADE EDGE
mesti kaki novel eh..hehe
syafiq rosli : kaki novel Ramlee Awang Murshid je.. novel lain xlyn sgt..hehe
Suka gila RAM gak! Novel dia best.
waaahh..memang pembaca novel tegar la awk ni..kalau alief baca buku cerita je..tak larat baca novel..tebal sgt..huhuhu..awk,kalau awk free,,awk sudi lah dtg jenguk blog saya..alief nak minta tolong awk bagi pandangan dan kritikan mmbina kat blog alief.supaya alief boleh mmperbaiki kekurangan yg ada pada blog alief..dan kalau awk rasa blog alief ok dan best,,awk follow la alief..huhu..free to follow.. thanx awk..kedatangan awk amatlah dihargai..huhu... http://aliefcmoi.blogspot.com/
sukanyer baca novel!! nak wat pinjaman leh x?? :D
Meh singgah: Safee Sali Berhijrahh!!
Post a Comment