Wednesday, January 26, 2011

:: DI SAAT KEMARAHAN MELANDA ::

Assalamualaikum...
Rasa da lama tak update blog ni.. Blog Walking pun da tak buat...hurmmm...kesian pula aku dengan blog ni... Actually baru-baru ni aku sikit tensen disebabkan masa lalu.. Seorang kawan aku bertanya mengenai sesuatu perkara masa lalu. aku tak la sedih pasal perkara tu sebab aku da lupakan dan maafkan atas segala yang terjadi. Tapi aku sedih bila dapat tahu sesuatu yang aku tak tahu berkaitan dengan hal yang dipersoalkan. Perkara yang tak pernah aku pikirkan... Lantas bila aku dapat tahu hal tu aku jadi betul-betul marah... Rasa tertipu.. Malah terasa dianiaya!!!!! Bila teringat pasti terasa sakit hati...

Aku memang tak sukakan perasaan marah.. Sebab perasaan tu buat hati aku tak tenang..tak gembira.... Marah itu perosak jiwa. . Lagi pun banyak hadis Rasulullah yang berkaitan dengan marah membuat aku rasa bersalah marah pada hamba yang Allah ciptakan..

Sabda Rasulullah s.a.w:
Sifat marah itu daripada syaitan, dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api. Dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka jika seseorang daripada kamu marah, hendaklah ia berwudhu.
(Hadis Riwayat Abu Daud)

‘Dua orang lelaki telah bermaki-makian di majlis Nabi s.a.w. Yang satu memaki temannya dalam keadaan marah sedang wajahnya merah padam. Maka berkata Nabi s.a.w. , ‘Aku tahu penawarnya, jika dia mengucapkan ‘auzubillahi mina syaitanirrajim’ nescaya akan lenyaplah apa yang merasuknya.’
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

‘Ingatlah bahawasanya marah itu seketul bara yang menyala dalam kalbu anak Adam. Tidakkah engkau melihat kembang-kucup urat-urat lehernya, dan merah padam kedua matanya ? Barangsiapa yang merasakan seumpama itu, maka segeralah ke bumi…..ke bumi.’
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

‘Seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w. ‘Berilah wasiat kepadaku.’Berkata Nabi s.a.w. ‘Jangan marah.’ Lelaki tersebut mengulangi lagi beberapa kali tetapi Nabi tetap menjawab yang sama, ‘Jangan marah.’
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

‘Barangsiapa yang menahan marah, padahal dia berdaya melakukannya, dia akan diseru oleh Allah di depan khalayak ramai, sehingga dia sendiri mengatakan kepada Allah , mana satu bidadari yang dia inginkan.’
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

‘Sebaik-baik anak Adam ialah mereka yang lambat marahnya dan segera pula reda apabila sudah marah, dan sejahat-jahat anak Adam ialah yang cepat marahnya dan lambat pula reda marahnya.’

(Hadis petikan Imam Ghazali dalam kitab Mauizhatul Mukmin)
‘Mahukah kamu aku beritahukan perkara yang dengannya Allah memuliakan seseorang dan mengangkat darjat ketinggiannya ? Mereka menjawab ,’Bahkan ya Rasulullah’. Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Berlemah-lembutlah terhadap orang yang tidak mengetahui kamu , maafkanlah orang yang menzalimi kamu, berikanlah kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu dan hubungkanlah silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturrahim dengan kamu.’
(Hadis Riwayat At-Tabrani dan Al-Bazzar)
Anyway...walaupe pun aku da rasa happy sekarang ni.. Alhamdulillah rasa marah aku ni dah mula hilang perlahan-lahan. Aku risau kalau perasaan marah aku ni bercambah menjadi benci. Kalau boleh tak nak ada benci pada mana-mana hamba Allah biar apa pun yang orang buat kat aku... 
Agak-agak ape perkara yang boleh buat aku happy secara sedia kala??????huhuhuhu... perkara ni kalau aku teringat mesti aku senyum sorang-sorang..kadang-kadang gelak sorang-sorang (parah ni!!)..
Actually sekarang ni aku cari minat baru untuk aku hiburkan hati aku kalau aku sedih.. Ntah kenapa dalam seminggu ni aku suka tengok video comel SS501. sebelum ni aku just tengok video klip lagu2 diorg je. tak teringin nak tengok video2 diorg yg lain..funny2 ke malas aku tgk.. tapi ntah napa time aku tgh panas hati aku main-main buka je video pape kat youtube sampai la aku tengok video ragam diorang...sejak tu aku asik teringat je ragam lucu diorg.. pastu tergelak sorang-sorang..hahahaha...yeaahhh..walaupun aku tahu kumpulan diorang dah berpecah (mybe buat sementara ), malah ada antara diorang yang dah buat album solo..  tapi sekurang-kurangnya aku happy dengan saat-saat diorang "bersama"...perrhhh... ayat bersama tu macam orang bercouple pulak..hahahahaha

 dari kiri ; Young Saeng, Kyu Jong, Jungmin, Hyung Jun, Hyun Joong
Love Young Saeng ♥

Suka tengok persahabatan antara mereka ; SS501

video
Let's Learn English With SS501

Mesti korang rasa aku obsess sangat dengan diorang ni... Aku tak nafikan yang aku minat kat diorang..dan kadang-kadang aku rasa aku agak obsess...tapi mybe buat masa sekarang je kot.. sebab yang sebelum2 ni aku obsess pun kejap je.. contohnya dengan kumpulan Westlife dan nasyid UNIC.. tapi sekarang ni kalau sebut nama kumpulan tu aku tak heran pun...huahuahua..
Yang penting sekarang aku dah tak ada perasaan marah lagi kat hamba Allah tu... Cuma sekarang aku kena kawal perasaan aku terhadap SS501 supaya tidak terlalu lalai.... walau apa pun aku cuma manusia biasa...Semoga Allah memberi petunjuk pada kita semua....
Wallahu'alam ~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA