Friday, December 31, 2010

:: SELAMAT TINGGAL 2010, 2011 YANG MENDEBARKAN ::

Assalamualaikum... Salam tahun baru 2011 =)
Pagi sebelum solat subuh aku jenguk jam pada handphone 6.10 pagi ... tarikh 1.1.2011 ... ntah kenapa aku rasa tersentak pulak tengok tarikh tu... tiba-tiba terasa berserabut.. kalut..... sungguh cepat waktu berlalu.. dan aku mula memikirkan saat2 yang telah aku lalui sepanjang tahun 2010... ada sedikit kecewa bila mengingatkannya ='(  


Apa pun waktu itu telah berlalu.. tiada guna untuk sesalkannya.. 
2011 telah menjelma... aku bertanya pada diriku.. apa aku nak jadi sekarang ni?? takkan masih cerita lama.. seorang penyelia IT di Perpustakaan Desa yang hanya bekerja makan gaji.. balik-balik jaga PC.. jaga pengguna-pengguna IT di perpustakaan... lama-lama aku naik bosan kerana kerja aku ni tak lebih hanya menjaga dan memantau... kalau pengguna ada masalah berkenaan IT baru aku tunjukkan... hari-hari pengguna yang sama datang menggunakan perkhidmatan IT kat PJL (http://pjlpuncakalam.blogspot.com). Aku perlu cari sesuatu yang baru untuk 2011.. sudah 3 hari berturut-turut aku melakukan solat istikharah untuk 1 keputusan..


Aku plan nak join 1 program usahawan E-Dagang yang katanya boleh jana pendapatan beribu dalam masa 1 hari. Malah aku dah jumpa dengan seorang ibu tunggal yang join program ni.. Alhamdulillah dalam masa 6 bulan ibu tunggal itu telah berjaya membeli sebuah rumah teres dua tingkat di Puncak Alam. Malah banyak lagi contoh-contoh lain yang dikemukakan pada aku untuk meyakinkan aku berkenaan program ni.. Tapi aku.... ntah la.. aku rasa aku masih tidak yakin dengan diri aku.. aku takut menghadapi risiko... aku pengecut!! tapi dalam masa yang sama aku ingin mengubah cara hidup aku.. macam entri sebelum ni.. kalau boleh aku nak jadi jutawan dan bagi kesenangan pada keluarga aku dulu.. aku nak pergi Mekah dalam dua tahun ni... then baru pikir pasal kawen.. study?? off course aku ada pikir gak... insya Allah pasti aku akan sambung study... 

Lastly aku harap tahun 2011 ni akan menjadi tahun bertuah aku yang mana aku tahu setiap orang tu hanya akan bertuah sekiranya dia ingin berubah... dan aku mesti berubah!!! biar la orang nak cakap apa.. yang penting kita tak buat perkara dilarang Allah.. 


Sekian.. wallahu'alam~~

Telah Termaktub Dalam Kitab Al-Quran Yang Mulia,
Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib 
Sesuatu Kaum Itu,
Kecuali Mereka Sendiri Mengubah Nasib Mereka

4 comments:

Riduan said...

Salam.... Setiap hidup memang perlukan perubahan... Kerana perubahan itu memang dituntutkan dalam agama... Jadi mari sama2 kita tekadkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam, bukan orang2 yang rugi...

Suka phrase yang lasy sekali "Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia sendiri yang mengubahnya....."

sugar2 kapas strawberry said...

semoga ape yg awk impikan tercapai ye :)

Yuyu Zulaikha said...

selamat tahun baru si cantik :)

Unknown said...

hmmmmmmmmm.......

yang tu boleh kira komen tak?

hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA