Wednesday, December 29, 2010

:: KENAPA SUKAR MENCARI JODOH ::

Assalamualaikum...
Sahabat sekalian,
pernah tak sesiapa disekeliling kalian mempersoalkan soal jodoh..? contohnya, bila kau nak kahwin?? siapa calonnya? kerja apa?? actually bila soalan cmni keluar.. aku dengan selambanya jawab aku kahwin esok..hahaha.... ntah kenapa bila aku jawab camtu baru la diorang berhenti tanya....kaget kali ya!! yela..diorang ingat senang ke nak kawen.. kena ada prepairation dari segi mental dan fizikal gak..lagipun payah nak cari jodoh yang baik zaman sekarang ni..ada memang la ada.. tapi payah nak carik..dan aku memang malas nak carik jodoh2 ni(buat masa sekarang). nak jadi jutawan dulu pastu nak tolong parent n adik-beradik. then, nak pergi mekah nak minta jodoh kat sana, pastu baru carik jodoh...waaahhhhhhh...bukan main lagi planning....huhu

Bila baca cerita aku pada rangkap pertama tu... aku rasa mesti ada termasuk antara sebab-sebab Kenapa Kita Sukar Cari Jodoh..
Kenapa Sukar cari Jodoh?????????
Let's Check It Out!!!
  • BELUM SAMPAI JODOH - Memang la jodoh tu tak sampai-sampai da kau bila orang masuk minang je kau tolak.. da sampai klang ko nak pergi meru, da sampai meru kau nak pergi kuala selangor, da sampai kuala selangor kau nak pergi tanjong karang, da sampai tanjong nak pergi sekinchan, dan sampai sekinchan nak pergi sungai besar...bla..bla..blaa....da jadi andarttttttuuuuuuttttttttttttttt.......... " Jodoh di tangan Tuhan, manusia wajib berikhtiar dan memilihnya bersesuaian dengan ketentuan Illahi ".
  • HATI TIDAK FOKUS - Hati masih fokus pada kerjaya, study dan sebagainya.. Tapi memang betul la, bila seseorang fokus untuk mencari jodoh, tak sampai sebulan tahu-tahu dah selamat dah... selamat apa?? dah kawen daaaaaa.....aku tak tipu la..kisah benar ni berlaku depan-depan mata aku!!memang dia tak ada keje lain.. asal nampak pempuan je dia ajak kawen...alhamdulillah selamat dah kawan aku sorang tuh...huhu
  • BELUM BERSEDIA UNTUK BERUMAH TANGGA - Aikkk...cam tahu-tahu je rumah aku tak ada tangga....hahahaha
  • TERLALU MEMILIH - Antara kalian siapa tak memasukkan kriteria berikut dalam mencari jodoh? ; Keturunan, Kekayaan, Warna Kulit, Skala Kecantikan, Tahap Pendidikan, Status dalam Masyarakat. kalau aku simple je asal orang tu ada muka ala-ala zain saidin pun da kira ok..
  • HATI MASIH KOTOR - Kotor cmne?? kena lumpur or what?? Hati yang kotor kat sini maksudnya hati yang penuh kebencian dan dendam. Pemarah, suka naik angin tak tentu fasal... orang cmni pun sukar untuk cari jodoh..hurmmm....kesian..
  • FOBIA DAN SERIK BERCINTA - Tu la aku dah cakap..cinta sesama manusia ni pasti kecewa ( bila masa pulak aku cakap)..abaikan...anggaplah setiap pengalaman pahit yang kita alami sebagai salah satu cara Allah mendidik kita supaya lebih gigih dan berjaya =)
  • HIDUP TIDAK SEIMBANG - Tidak seimbang dari segi fizikal dan mental. Contoh 1 ;Duit topup pun mintak mak belikan dah berangan nak kawen!!! Contoh 2 ; Perangai kerja nak mengamuk je da sibuk suruh mak masuk minang!!
  • BANYAK MEMINTA, KURANG MEMBERI - Asik mintak awek dia paham dia je, dia takkan pula memahami awek dia.... I konpem la orang cmni payah dapat jodoh...
  • TIDAK ISTIQOMAH DALAM MENJALINKAN HUBUNGAN - Mereka yang suka bertukar-tukar pasangan payah gak nak dapat jodoh.. Bila dia berkenan dengan seseorang, dia pergi ngorat.. last-last bila orang tu dah terpikat, dia tinggalkan.. ni dah macam kes aniaya orang. Kalau orang yang kecewa tu tak maafkan dia, boleh jadi hidup orang yang menganiaya tu tak berkat...dalam perkara ni aku simpulkan; dua-dua orang yang kena tinggalkan dan orang yang meninggalkan amat kesian........
  • KURANG BERDOA - " Doa ialah senjata orang mukmin "
  • TIDAK SABAR - Dikalangan remaja ramai yang tidak sabar untuk menyentuh pasangan mereka selepas berkahwin. Haaiisshh!!! belum kawen mana boleh sentuh-sentuh.. sebab tu la hubungan tu tak berkat. sebab tu la ramai orang bercerai.. tak berkat dik Oii...sabar na..tunggu lepas kawen..
  • TIDAK MENDAPAT RESTU IBU BAPA - Ni perkara asas dalam memilih jodoh.. Kalau parents u tak setuju tapi u kawen gak.. bukan parent je tak redha malah Allah pun tak redha.. agak-agak dalam jangka panjang apa akan jadi??
  • TIDAK NAMPAK KEPERLUAN HIDUP BERUMAH TANGGA - Aku pun pelik dengan orang yang taknak kawen ni.. tak pikir ke dia kalau dia dah tua nanti siapa yang nak jaga dia kalau bukan anak-anak, kalau mati nanti siapa nak doakan kalau bukan anak-anak.. lagi pun bukankah perkahwinan itu dapat menyempurnakan separuh dari agamanya???

Cinta Hakikatnya Suci dan Indah
" Manusialah yang mengotorinya dengan calitan nafsu dan syahwat. Islam sebagai agama yang indah tidak pernah memusuhi cinta, malah Islam sentiasa menyeru umatnya untuk saling mencintai dan menyayangi. Cinta bertambah indah dan suci apabila Islam memagari dan mengawalnya dengan perbatasan syariat "

5 comments:

JoeHaiRiL said...

nice post n thanx for sharing it..
if i'm not mistaken these tips come from Dato Dr Fadzilah Kamsah rite??

vampire's lovex said...

auwww...ada benar nye sebab2 di atas :)

Such a Mess said...

uh lah! tapi thx share benda nie! baru tahu! klo cam 2 susah lah sye! panas baran skit sye nie! uhuhh

HARITH ISKANDAR said...

mm betul jugak kan..mm sharing is caring.tq

El said...

kalau jodohnya girl yg dlm gmbr tu, esok jgk sy ley ajak kawen. haha.
JK:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA