Tuesday, December 14, 2010

:: DARI MATA KE HATI @ DARI HATI KE MATA? ::

Assalamualaikum...


Firstly aku bersyukur sangat kerana masih diberi keizinan oleh Allah untuk membuat catatan seterusnya pada blog ni. Beberapa hari ni aku memang dah kering idea ditambah dengan kerja kat library yang memeningkan kepala, didarabkan lagi dengan kehadiran 3 orang adik sepupu aku kat rumah..Sepupu-sepupu aku semua kecil-kecil..Aku la yang paling tua dalam kalangan sepupu-sepupu aku tu.
 Dalam masa 15 hari ni adik-adik sepupu aku tinggal kat rumah aku sebab parents mereka keluar bersama jemaah tabligh di Pulau Pinang. Walaupun parents aku bukan dari jemaah tabligh, tapi parent aku tetap sokong kerja-kerja dakwah ni. Tak kesah la dengan apa cara sekalipun, kita sebagai ummat yang tak pandai sangat nak berdakwah ni cuma mampu berdoa dan memberi sokongan pada jalan-jalan dakwah.

Aku nak share something....Actually baru-baru ni aku tengah syok dengan artis-artis Korea sampai aku download video-video lagu Korea dalam handset aku. Asal free je aku tengok video-video tu sampaikan aku buat kerja lain pun terngiang-ngiang suara artis Korea tu.. Tapi payah betul la nak nyanyi lagu-lagu Korea tu!! Lagu arab lagi senang kot nak nyanyi...=P

Mesti korang rasa sedikit janggal sebab perempuan yang pakai tudung labuh cam aku ni pun minat dengan perkara-perkara sedemikian.. Pakaian Islamik tapi minat benda-benda yang tak Islamik.. Actually, dua-dua aku minat.. Agama aku minat.. Hiburan pun aku minat...Hurmmm.. walau apa pun aku cuma manusia biasa... 
Agak-agak jemu layan nasyid, aku layan lagu Inggeris, Arab Lubnan punya lagu.. n yang terbaru Korea...
 Sesiapa yang first time jumpa aku mesti mereka pikir aku ni orang yang skema, lemah lembut ... Seriously aku menafikan yang aku ni lemah lembut.. tapi aku tidak nafikan yang aku seorang yang lembut hati...hehehe
 Korang tak caya ke?? I'm serious ok!! Janji tak tipu...!

Betul ni.. I tell u la kan.. Kita ni memang tak boleh nak nilai orang dengan mata. Asal tengok sesuatu yang cantik kita da pikir ianya baik..Sebenarnya bagi aku sesuatu yang baik itu cantik, tapi tak semestinya yang cantik itu baik.. That's why aku tak berapa berkenan dengan kata pepatah " Dari Mata turun ke Hati" sebab mata hanya menilai pada zahir sahaja. Apa yang ada pada zahir takkan kekal. Ianya pasti akan berubah. 
Jujur aku taip, yang aku jugak menilai orang dengan mata sampai turun ke hati dan terus buta hati.. Contohnya artis-artis Korea.. Disebabkan aku tengok wajah-wajah mereka yang cute miut tu, aku pun "terjatuh" hati dengan mereka. Padahal aku tahu muka diorang tu kalau tua hilang dah cutenye..hehehe.. Yuupp.. itulah dia kekurangan bila kita menilai seseorang dengan mata. Korang agak, cinta yang dinilai dari mata ke hati tu akan kekal tak??? Agak-agaknye kalau artis Korea tu dah tua, tak cute aku minat lagi tak kat diorang? Yeah... memang tak pun!! =P

I suggest, apa kata kita tukar ayat " Dari Mata ke Hati" kepada " Dari Hati ke Mata " ?? ok tak?? ( sesuka hati aku je nak tukar :P )
Hati menilai pada  akhlak dan budi. Mata menilai pada paras rupa. Apabila kita menilai seseorang melalui hati yakni iman dan akhlaknya, sungguhpun terdapat kekurangan pada rupa paras, Iman dan Akhlak itu akan menutupi kelemahan rupa parasnya sehinggakan tiada nampak lagi kekurangan fizikalnya. Macam yang aku taip kat atas tu.. Yang baik itu cantik, tapi tak semestinya yang cantik itu baik. I'm right??

Ini hanya sekadar pendapat saya sahaja. Kalian lebih arif dalam hal jiwang-jiwang ni..hehehe.. 
Sekian,



" MATA MENILAI PADA KECANTIKKAN RUPA,
  AKAL MENILAI PADA FIKIRAN,
  NAFSU MENILAI PADA BENTUK TUBUH,
  TETAPI HATI TENTULAH PADA AKHLAK DAN BUDI "

Wallau'alam ~~
 







7 comments:

Lan Bingka said...

ada kawan kat ofis ni obses ngan artis korea..
asyik2..JK la..micky la...hmm sumpah tak kenal..;p

Kool Stuffs said...

itu la..
skrang makin ramai yang minat artis korea.
tapi kebanyakkannya pompuan la..
laki Encik Kool tengok kurang sket..
tak de salahnya Encik Kool rase Cik Atikah nak minat walaupun bertudung labuh..hehe

Unknown said...

nilai.negeri sembilan.

Unknown said...

wahh ! lembut hati ye ?
heheh :D
makin cun kak :D

Muhammad said...

Hmm.. benar saudari. Bila hati dah terpikat kadang-kadang mata tertipu.. dan bila mata terpikat kadang-kadang hati tertipu.. Seterusnya apa-apa pun minat kita, cari manfaat padanya agar ia bukan minat yang sia-sia.. Ana minat novel fantasi misalnya, dan ana cari manfaat padanya. Misalnya bila kaji watak orang jahat, ana akan nampak padanya kegersangan jiwa dan kejauhan dari Tuhan. Bila ada dunia (dalam novel itu) yang celaru misalnya, maka puncanya ialah ketiadaan Islam pada dunia itu.. Itu contoh. Tentang artis Korea.. ana kurang arif maaf, tapi jika mampu dicari manfaatnya, dan tidak melanggar syara', ia tidak salah.. Salam ziarah.. teruskan berblog untuk Islam..

Pia said...

Assalamu'alaikum...
kali pertama aka jumpa blogger bertudung labuh ni..syabas,akak suka tgk anak2 gadis pakai macam ni,nak akak pun takmo...sedih2!Syabas utk kamu dan harap sentiasa pelihara kehormatan diri selalu..

Unknown said...

ok jugak mane2 pun :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA