Friday, December 10, 2010

:: KISAH UMAR ::

Assalamualaikum sahabat blogger sekalian,

Pernah tak kalian mendengar kisah Saidina Umar al-Khattab??
Yaa.. beliau merupakan Khalifah Islam yang ke-2 selepas Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Ingat tak????? Kalau tak ingat boleh buka buku teks Sejarah Tingkatan 4, ok??

Kalau kalian nak tahu Saidina Umar adalah salah satu tokoh Islam yang amat aku minati....minati??nngeee....aku suka sangat dengan Saidina Umar sampai terbaca nama Umar je kat mana-mana mesti teringat kat beliau. Ingat kat Umar al-Khattab ye...bukan Umar yg Cute ok!!

Actually banyak sangat kisah Saidina Umar yang betul-betul menarik dan boleh diambil iktibar.. Tapi kalau nak cerita semua tak cukup rasanya untuk satu malam...
So, aku nak kongsikan kisah sungai yang tunduk pada perintah Saidina Umar al-Khattab.

Kisahnya begini....................................

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, beliau telah melantik Amru bin al-As menjadi gabenor di Mesir. Maka pada ketika itu berlaku peristiwa ganjil di mana air sungai Nil dikatakan akan berhenti mengalir dalam beberapa bulan. Penduduk Mesir bercadang untuk melakukan upacara pengorbankan gadis cantik ke dalam sungai itu malah mereka mendesak Amru al-As untuk setuju dengan upacara tersebut. Sebagai sahabat Rasulullah s.a.w., sudah tentu Amru al- As tidak mahu melakukan perkara syirik tersebut.

Maka, hari demi hari berlalu.... tidak lama kemudian air sungai Nil benar- benar berhenti mengalir sehingga ada di antara penduduk Mesir terpaksa berpindah ke daerah lain yang lebih subur.

Keadaan ini memaksa Amru al-As menulis surat kepada Saidina Umar di Madinah untuk meminta pandangannya. Tidak berapa lama kemudian Saidina Umar membalas jawapannya melalui surat. Apabila surat itu sampai ke tangan Amru al-As, beliau mendapati surat itu tidak ditujukan kepadanya tetapi ditujukan kepada Sungai Nil itu sendiri.

Amru al-As sempat membaca surat itu sebelum dicampakkan ke dalam Sungai Nil yang berbunyi:
"Surat ini dikirimkan kepada Sungai Nil oleh Umar hamba Allah dan Amirul Mukminin. Wahai Sungai Nil, jika air yang mengalir di sungai ini adalah atas kekuasaanmu maka ketahuilah kami tidak memerlukan engkau. Tetapi jika ianya mengalir atas kekuasaan Allah maka kepadanya kami mohon agar mengalirlah air sungai ini"

Sebaik sahaja surat itu dicampakkan ke dalam Sungai Nil, maka sungai itupun dipenuhi semula dengan air sedalam 48 kaki pada malam itu juga. Sejak dari hati itu lenyaplah amalan jahiliah yang diamalkan oleh penduduk Mesir........
Tamat~~

TUNDUK PADA PERINTAH ALLAH, INSYA ALLAH ALAM AKAN TUNDUK PADAMU

Wallahu'alam~~

4 comments:

Lan Bingka said...

cerita yg menarik..

wunny said...

cerita ni best. :)

Teroris Cinta said...

hay salam kenal blogger...please add my ym kita chat sharing di ym ok...mafia.cinta86@yahoo.com. ditunggu ya

Budak Botak said...

menarik kisah nie, prnah baca dlu, ni bca sekali lagi, he3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA