Thursday, December 16, 2010

:: 8 SEBAB KENAPA SAYA TAK SUKA ORANG MEROKOK ::

Assalamualaikum...
Hello readers!
Firstly, aku nak ucapkan bebanyak terima kasih pada kalian yang sudi jenguk blog Luahan Fikiran. Alhamdulillah sangat2 berkat kebaikan hati kalian semua aku da nampak hasil daripada Nuffnang. Terima kasih Nuffnang!!Terima Kasih para pengunjung blog Luahan Fikiran !! Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat..


Kali ni aku nak kongsi sesuatu mengenai rokok.. Kenapa aku tak suka rokok? Rasanya kebanyakan wanita-wanita di luar sana tak suka lelaki merokok..Lelaki yang merokok pula pasti tak suka perempuan merokok.. Tapi apakan daya, rokok sekarang ni sudah menjadi satu tabiat dalam masyarakat kita.Hatta, kalau kita ada teman yang merokok, nak tak nak kena terima...Tapi aku penasaran gak... Ada ke mana-mana wanita yang suka pasangan diamerokok?? Kalau ada bagi tahu aku k...Bagi la dua tiga sebab untuk
menguatkan hujah korang sebab apa saya suka rokok / orang merokok...=)


OK, ni antara sebab-sebab aku TAK SUKA ROKOK:


1. MEMUDARATKAN ORANG LAIN
- Semua orang tahu bahawa perokok akan membebaskan asap rokok yang mana akan turut dihidu oleh bukan perokok. Tak pasal-pasal orang yang tak merokok dapat tempiasnya seperti perkara berikut; asma, kanser paru-paru, keguguran kandungan, kelahiran pramatang, kematian bayi secara tiba-tiba malah mengganggu orang lain dengan bau rokok yang busuk.
Hadis riwayat Tarmizi, daripada Rasulullah S.a.w :
"Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seorang mukmin ataupun menipunya"

2. PEMBAZIRAN
- Wahai, para perokok, kalian pernah kira tak berapa wang yang kalian belanjakan untuk membeli rokok dalam setahun??? Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM 1.5 BILLION setahun untuk membeli rokok. Bayangkanlah duit sebanyak itu hanya untuk dibakar sahaja....Sayangnye!!! Kalau sedekah kat aku dapat gak pahala...hehehe
Firman Allah : " Janganlah kamu membazir kerana sesungguhnya orang yang membazir itu adalah sahabat syaitan"  (surah al-Isra' ayat 27)

3. MENGUNTUNGKAN MUSUH

- Satu fakta yang tidak boleh disangkal, hampir kesemua syarikat-syarikat rokok adalah syarikat dari negara-negara barat yang menyokong musuh Islam seperti Yahudi dan Israel. Syarikat ini mengaut keuntungan berbillion dollar dan sedikit sebanyak wang ini juga digunakan untuk menindas orang Islam.Malah merokok menyebabkan umat Islam menjadi lemah kerana mendapat penyakit bawaan rokok.
Firman Allah : " Dan janganlah kamu bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan permusuhan "  (Surah al-Maidah ayat 2)


4. MELEMAHKAN DIRI SENDIRI
- Rokok mengandungi bahan yang merbahaya yang akhirnya menyebabkan penyakit yang melemahkan badan. Nak tahu bahan-bahannya?? tunggu posting seterusnya...
Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ummu Salaman, daripada Rasulullah s.a.w :
" Rasulullah melarang daripada mengambil bahan yang memabukkan dan yang melemahkan badan "


5. MENGOTORKAN KAWASAN
- Kawasan perokok bukan sahaja kotor dengan habuk rokok. Malah berbau yang tidak menyenangkan. Tambahan lagi rokok juga boleh menyebabkan kebakaran.


6. MENCEMARKAN UDARA
- Kalian perasan tak? kawasan yang dilalui oleh seorang yang sedang merokok, sungguh pun orang yang merokok tu sudah tiada di kawasan itu, tapi bau rokok masih lagi ada. Nak bernafas pun tak selesa...


7. MOROSAKKAN BAKA KETURUNAN.
- Kajian menunjukkan kesan daripada merokok boleh menyebabkan sperma rosak dan menjadi tidak aktif. Struktur sperma perokok juga berubah dan menjadi ganjil
seperti berkepala dua atau berekor dua. Sebab apa agaknya?? Ini disebabkan mutasi sel-sel sperma yang diakibatkan oleh bahan toksik dan karsinogen yang terdapat pada asap rokok. Malah yang lebih teruk, morokok juga boleh menyebabkan " mati pucuk " bagi sesetengah lelaki.


8. MEMBURUKKAN PENAMPILAN DIRI
- Gigi kuning, bibir yang lebam kehitaman, bau busuk rokok pada pakaian dan bau busuk pada nafas perokok...Ada sesiapa yang "like" ??


Jadi, bagi sesiapa yang merokok, sudah masuk tahun baru ni takkan tak ada azam nak berhenti merokok????? Aiiiyaaa!!! belum cuba lagi dah kata tak boleh... Insya Allah boleh sekiranya  berikhtiar...


Buktinya ayah aku sendiri dulu seorang perokok tegar. Balik dari indon beli sedozen rokok. Tapi Alhamdulillah sekarang da tak merokok disebabkan sesuatu insiden berlaku yang hampir sahaja meragut nyawanya. Syukur sangat, insiden tu betul-betul ada hikmahnya walaupun ia menyakitkan.Tapi korang yang merokok ni takkan nak tunggu sakit baru nak berhenti merokok??



KEGAGALAN YANG PASTI ADALAH
KEGAGALAN UNTUK MENCUBA !!





Wallahu'alam ~~

2 comments:

Miss b said...

rokok boleh sebab kan mandul

hehehehe

Unknown said...

setuju2..
xsker 0wg mer0k0k...
....~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA