Tuesday, June 1, 2010

-Apa yang anda tahu tentang kucing???

Assalamualaikum...
semenjak dua menjak ni malas batul nk manaip blog..tp hari ni xtau plak tetibe rse nk menaip..da xde keje kot..plak tu kwn sye ckp sye ni mkn gaji buta je..hahaha

tetibe timbul idea nk tulis blog pasal kucing...dalam 1 bulan ni saya baru je mula memelihara kucing yang adik saya amik dari seorang jiran...hehe...memang da lme nk bela kucing ni..buat peneman dikala sunyi...

bnyk perkara tentang kucing yg kita boleh kongsi bersama..lebih2 lg telatahnya yg lucu dan menghiburkan.
di sini saya sertakan beberapa fakta menarik tentang kucing..

* Kucing mempunyai lebih banyak jumlah tulang berbanding manusi iaitu 230. Sedangkan manusia hanya mempunyai 206 jumlah tulang...(hurmm...mungkinkah ini disebabkan kucing makan lebih banyak tulang berbanding manusia??)

* Kucing sebenarnya binatang yang kuat tidur. Secara purata seekor kucing tidur selama 16 jam sehari.

* Daya pendengaran kucing lebih baik daripada pendengaran anjing dan manusia.

* Kucing memakan rumput untuk membantu melancarkan sistem penghadamannya. Rumput-rumput itu juga membantu kucing mengeluarkan sebarang bulu yang termasuk ke dalam perut menerusi apa yang dimakan olehnya.

* Kucing boleh berlari dengan kelajuan 48kilometer sejam.

* Kucing yang mempunyai mata berwarna biru dan bulu berwarna putih lazimnya lebih cenderung untuk menjadi pekak.

* Seekor kucing dewasa mempunyai 30 batang gigi, iaitu 16 di rahang atas, 14 di rahang bawah.

* Bulu di bahagian bawah badan kucing hampir sekali ganda lebih banyak daripada bulu di bahagian atas belakangnya. Dianggarkan setiap inci persegi di bahagian bawah badan kucing mempunyai 120, 000 helai bulu sedangkan bahagian atasnya ialah 60, 000 helai bagi setiap inci persegi. Kalau anda tak percaya, cubalah kira!

* Mata kucing akan bercahaya apabila disuluh kerana matanya mempunyai sel-sel yang dipanggil tapetum. Sel-sel itu berwarna merah muda, keemasan, biru atau hijau. Apabila terkena cahaya, tapetum itu akan bertindak seperti cermin. Ia akan membiaskan cahaya tersebut dalam warna yang berbeza...
(ermmm....mybe kwn2 sye yg amik gmbr matanya kerap berwarna merah tu disebabkan tapetum...waaaaa...kira korg habat ar..mata kucing tu...huahuahuaa)




DUNIA KUCING
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA