Wednesday, February 22, 2012

:: VOICE OVER UNTUK KARTUN AKU BUDAK FELDA ::

Assalamualaikum...
Hehe.. Sabtu lepas, 18 Feb masuk 2 bulan pertunangan aku ngan Abang Apit... Time aku baru abis solat zuhur kononnya nak tdo, tiba2 Abg Apit call suruh siap2 untuk pergi audition Voice Over untuk suara kartun terbaru yang bertajuk "Aku Budak Felda" dan "Aqal dan Walid".

Aku punya la cuak, dah la tak ready pape pun... Tup..tup.. sampai je terus suruh audition, tak ada praktis2... Haa... Kalau nak tahu aku buat audition ni kat Taugeh Pictures Sdn Bhd di Sg Buloh sebelah KFC.. Kartun ni masih dalam pembikinan lagi... dan aku tak yakin pun dapat lulus audition tu. time tu aku disuruh audition suara bagi watak Ana dalam Aku Budak Felda dan watak Ummi dalam Aqal dan Walid...

Watak Ana ni macam happy2, selamba dan rock.. Dia ni macam wartawan la dekat felda tu. Mana2 dia pergi mesti bawak kamera.. Byk benda2 yang berlaku kat Felda akan diambil gambar oleh Ana dan Ana akan update dekat fan page Felda. Jadi pape hal berlaku dekat Felda tu Ana banyak tahu...

Watak Ummi pula seorang yang lemah lembut dan beragama. Kata2 Ummi penuh nasihat dan motivasi... Aku suka watak ni... Sebab aku kan lemah lembut..hahahaha...

Hari Isnin, aku dapat tahu keputusan audition.. Alhamdulillah aku terpilih untuk watak Ana Benana... hahaha.. tak jangka pun boleh dapat. Watak Ana pulak tu.. Then, esoknya aku start buat casting suara kartun.. huhu.. Aku memang suka dengarkan suara2 kartun kat delam TV tu.. Selalu aku bayangkan macamne la rupanya suara Nobita, Spongebob, Patrick, suara Rachell dalam citer Up, suara Ara dalam Pada Zaman Dahulu... aku suka suara diorg... Lepas ni aku dengar suara aku pulak kat TV..hahaha.. pelik,kan!!

Aku Budak Felda ni mungkin ditayangkan pada tahun depan kot, sebab masih baru dalam pembikinan. So nantikanlah ye kartun buatan Malaysia ni.. konpem best macam citer Anak2 Sidek dan Usop Santorian... rindu kat zaman2 tu... nak tahu lagi pasal Taugeh Pictures boleh g kat FB PAGE ni....

2 comments:

Unknown said...

amboi mata bulat giler..ehehe mujurlah comei pic tu

Hunny Kitty said...

bestnya....teringan jugak buat VO tapi tak tau nak contact siapa..... huuu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA