Thursday, January 6, 2011

:: APABILA BERTUDUNG DIKATAKAN SALAH ::

Assalamualaikum...
Hye guys... pagi ni hujan agak lebat dan baru saja reda... tapi aku dah rasa panazzzzzzzz..ni semua pasal entri dari LensaRosak. Uiisshhh.. memang entri dia betul-betul mengunsik jiwa la.. ada antara komen2 yang memberi pandangan positif dan sebaliknya. Tapi apa pulak pandangan aku mengenai "Gadis Tudung, Shawls Melaram" ?


Actually walaupun aku pakai tudung biasa-biasa, aku suka gak tengok orang pakai shawls.. Comel♥ Yela... dulu zaman aku tak pakai tudung dengan baik, fesyen-fesyen shawls sekarang tak ada lagi.. Tapi bila aku tengok-tengok cara diorang belit shawls tu mesti susah.. pin pun kena pakai banyak rasanya..Uisshhh.. memang sah orang yang memakai shawls ni penyabar orangnye! Kalau aku la memang malas nak belit-belit.. teringat lagi masa tahun 2008, saat aku try2 pakai selendang... punya la payah... nak pin sana, pin sini.. kadang-kadang tensen gak. tapi nak cantik punya pasal aku tahan la 30 minit depan cermin.. hasilnya??? tetap tidak memuaskan sebab aku pulak rasa rimas dan tak selesa..

Atas sebab di atas dan juga dorongan dari beberapa orang rakan, alhamdulillah Allah telah membuka hati aku untuk menutup aurat dengan baik. Tapi.. walaupun begitu, aku berubah pun makan masa... step by step.... tak adanya terus pakai tudung labuh mcm sekarang ni... First thing aku buat dulu mula-mula aku jaga bahagian kaki.. pergi mana-mana aku mesti pakai stoking. Pakaian time tu biasa-biasa je..


Then, ada satu hari tu kawan sekolah aku tegur aku sebab pakai tudung pendek.. Aku rasa time tu aku bukannya tak tutup dada..cuma kalau dibanding dengan tudung labuh memang la nampak pendek... bukan seorang dua kawan-kawan yang menegur aku dan mejoriti yang menegur adalah lelaki. Sampai tanpa aku sedar aku da mula rasa malu bila pakai tudung pendek.. TAPI.... aku tak pakai tudung labuh  walaupun aku da mula rasa malu. aku cuma pakai tudung bawal bidang 60. itu pun kalau aku malas aku ganti-ganti dengan tudung biasa.. 

Sampai la awal bulan Mei 2009, untuk kali pertamanya aku memakai tudung "mini telekung" macam sekarang. Hurm...ingat senang ke nak berubah??? aku akui walaupun aku dapat mengubah penampilan aku tapi aku masih tak dapat ubah sikap dan amalan aku ke arah yang lebih baik... dan jugak hobi aku yang suka ber "make up".. kadang-kadang aku perasaan orang pelik tengok aku dah pakai tutup litup tapi still ber "makeup" .. hahahaha... nak buat macam mana... aku sorang je anak perempuan dalam adik beradik aku.. off course la mak aku lebih-lebihkan barang-barang perempuan kat aku.. masa mula-mula aku nak ubah penampilan, mak aku cakap tak kesah la kau nak pakai tudung labuh tapi muka jangan sememeh.. pucat... 
Whatever ja lah... setiap orang ada pendapat masing-masing..yang penting kita sama-sama ada azam untuk berubah ke arah yang lebih baik dalam semua aspek. insya Allah...


Disini aku nak share beberapa kesalahan wanita mengenai aurat. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)


Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)



Wallahu'alam ~~


10 comments:

kindergartenlibrary said...

entry yang menarik . . terima kasih . .

tambah ilmu
=)

ejulz said...

gud info.. :)

nunui Joe said...

sy pun dalam perjalanan ke arah itu. cuma skarang baru dalam step pakai stokin.. :) semoga perjalanan ini dipermudahkan..:)

cik 18 said...

tahniahla sanggup mengetepikan syurga dunia demi Allah...

sy juga ade buat entry yg same..kite amik point dia yg betul dan cube olah dri dimensi pemikiran kita...take positive..

ILA HonEyBuNNy said...

salam...wah...cntknya kamu bertudung labuh......terharu baca entry neh...isu bog kini mmg panas isu tu....

Bulan Purnama said...

InsyaAllah, :) nice sharing

Sizzling Suzai said...

salam
hi sis nice entry here..
mmg bukan sng nk berubah ke arah 'mini tlekung' ni.. >.<
sy pun seorg muslimah yg masih cube mperbaiki diri ini ^^

Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi said...

moga Allah buka hati kmu untuk menyimpan wajah kmu untuk yg selayaknya..amin.. :)

Mr.TN_SkY said...

Gud One here..hee..nice info..keep in writing sumthing like this..hehe :-) salam..

http://guessthisacityofthesky.blogspot.com

izatul qisteena said...

salam ziarah..very nice entry..kipidap! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA