Thursday, October 28, 2010

-Tips mengatasi PUTUS CINTA


Assalamualaikum...

Dear blog...
lama da rsenye aku tak meng "update" blog ni disebabkan kerosakan yang melanda di PJL...
dari 21 Sept hingga 21 Okt PJL dilanda masalah internet... Sampai 4 kali En. Hafiz dari Tm dtg betolkan internet...aktiviti kat PJL pon bnyk tergen
dala..dgn masalah PC yang rosak..maintanence tak dtg dgn alasan xdpt payment...adoi mang hancus...sampai aku tak tahu nak tulis apa dlm laporan bln ni...

Dear blog...aku tak tahu la apa aku rasa kali ni...tp memang ada sesetgh org ckp blog ni tempat kita meluahkan rasa terbuku di hati...ada gak yang ckp blog ni seolah-olah hidup kita...
banyak blogger2 tegar menceritakan apa yang mereka lalui memalui blog.....Oh blog..tahu tak engkau..macam-macam aku nak ceritakan kat engkau tapi tak boleh dek kerana takot ada orang cakap aku ni cari publisiti murahan.....betolkah aku ni carik publisiti murahan kerana menulis yang terbuku di hati kat blog???lantak la nak ckp apa...memang kita tak boleh nak puaskan hati semua org...tp dek kerana nak puaskan hati org je mcm mana plak dgn hati kita????



Berbalik pd tajuk...tak tau la sama ada aku nak kongsi tips ni kt org lain atau aku tulis kat blog ni untuk ingatan aku je...maybe dua2 kot..blog aku ni bkn bnyak sgt org baca pun....hehehe..
Semoga kita mendapat kebaikan bersama dari TIPS ini......

1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya. (inchallah aku akan cuba tingkatkan amalan sunat aku lpas ni...lbeh2 lg pose isnin khamis dan solat sunat qobliah ba'dhiah)

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah. (Yuupp..Allah lebih tahu yang terbaik untuk hamba-Nya)

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri. (Memang tiada rahsia antara saya dan ibu bapa saya)

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda. ( No hp dan sms da buang tp sampai skg masih ingat....gambar plak..syg btol la nak buang..cmne ni!!!)

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda. (setakat ni...saya memang tak sebuk...harap2 lpas smbg study nti sbuk)

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik. ( Yuupp..btol tu...pe pon yang berlaku saya harap dpt redha dan memaafkan Si Dia tanpa mengungkit perkara-perkara lama)

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit. ( Waahhh..yg ini paling pyh...sye ni memang low profile sikit.kwn sye sikit..tp yg sikit tu amat bermakna..sye syg kwn2 sye...)


2 comments:

Ijan90 said...

Haha...cam knal jer.

Winky Wink! said...

thanks dgn perkongsian ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA