Thursday, August 5, 2010

Kenangan terindah di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan pada rakan-rakan dan umat Islam sekalian..
Ramadhan is a round the coner...
I Very miss Ramadhan...
Ramadhan yang paling tidak boleh dilupakan ketika zaman persekolahan..
Waktu di asrama...
Ramadhan di asrama betul-betul mengggamit kerinduan..
Rasa nak balik masuk sekolah kalau teringat balik..



Waktu sahur di asrama..........

.
.
.
.
.

Masuk je pukul 5.00 pagi kat asrama alunan ayat-ayat al-Quran akan dipasang untuk mengejut pelajar asrama bangun sahur..
Waktu ni mang liat sangat nak bangun..
Pelajar asrama yang malas bab-bab sahur ni..
Maklum la biasa puasa sunat niat je..
Katanya sudah biasa puasa tanpa sahur..
Sampai tak pikir keberkatan bangun sahur tu..
Kalau aku...boleh dikira berapa kali bangun sahur waktu di asrama...
Lagi waktu di SAM Jeram..
Makcik Dewan Makan sampai jerit-jerit suruh kita orang bangun sahur...
Mak ai!! payah benor..
Mana tak nye..penat-penat makcik tu masak untuk sahur, tapi kita orang, pelajar asrama tak bangun sahur..
Sian makcik DM (dewan makan)......
Ada sampai satu tahap makcik tu sampai pukul periok kejutkan kita orang..
Kelaka betul kalau ingat balik...
.
.
.
.
.
.
.
.
Waktu Berbuka di Asrama
.
.
.
.
.
.


Waktu berbuka kat asrama kalau diingat balik memang sangat sederhana..
Tapi alhamdulillah..makan juga...
Start pukul 6.30 petang pelajar asrama da kne beratur amik makanan berbuka puasa..
yang penting surat khabar kne la "Stand By"..
kalau tak alamat la maknan kne berak dengan lalat...
Apa yang sedih sangat time berbuka kat asrama ni bila nasi yang kita kaut tu bercapur dengan kuah dan lauk..
Sudah la beratur panjang nak ambil makanan..
Buka puasa pula makan nasi yang da berendam dengan kuah dekat 1 jam..Nasi kembang la jawabnya...
Tapi satu perkara yang beeesssttt sangat buka puasa kt asrama....
Lepas je kita orang ambil nasi dan lauk, bungkus pinggan nasi tu dengan surat khabar...kami pelajar asrama terus pergi musollah (surau)..
Mengaji..bertadarus..tunggu waktu bkak puasa...dan tak lupa..bekalan 2 biji kurma yang Dewan Makan sediakan turut dibawa ke musolla..
That's the special!!!!
Kami hanya makan 2 biji kurma bila sampai waktu berbuka..
Nikmat puasa tu betul-betul terasa..
Mana taknya..baru makan 2 biji kurma dan minum air da kenyang..
Kemudian kami menunaikan solat jemaah..
Selesai solat barulah kami beramai-ramai menuju ke dewan makan untuk makan nasi yang kami ambil petang tadi..
Errmmm..walaupun hanya makan nasi kembang, tapi sedap je...
Dan yang penting tidak berlaku pembaziran makanan..
Sebab yang disediakan kat asrama betul-betul cukup untuk mengisi perut kita..
Tak terlalu kenyang..dan tidak terlalu lapar..
.
.
.
.
.
.
Selepas Berbuka
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selesai kami berbuka puasa di dewan makan kami ke musolla kembali untuk mengadakan tadarus al-Quran sementara menunggu solat Isyak..
Selesai solat Isyak kami menunaikan solat Tarawih 8 rakaat kemudian mendengar tazkirah dari ustaz dan kadang-kadang dari pelajar terpilih..
Selepas beberapa minit tazkirah..solat tarawih disambung hingga 21 rakaat termasuk solat witir..
Walau bagaimanapun ada juga segelintir pelajar yang menganggap solat tarawih mengganggu waktu study..
Tapi kalau nak dipikirkan balik...yakin yang Allah pasti bantu pelajar yang melakukan sesuatu kerana Allah..
Walaupun sedikit waktu untuk study..tapi yang sedikit itulah memberi banyak kesan pada pembelajaran..
Setiap sesuatu yang kita buat kerana Allah pasti ada keberkatan..
Praise to Allah..
Alhamdulillah..
Thank You Allah..
May Allah bless us with this Ramadhan..

Sekian~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA