Thursday, March 25, 2010

-ALKISAH KALENDAR EPISOD 3

Kalau aku diberi kuasa untuk mengubah kalendar sesuka hati aku, aku akan buat satu tarikh yang special iaitu 32 Jun 2010. Tarikh tu hanya wujud sekali seumur tahun...hehehe


Adoi...tarikh 32 Jun tu betul-betul buat mak saya teruja sehingga tidak sedar dipermainkan oleh Si Dia...hahahaha...Mak saya da tak sabar tunggu awak balik.. Balik la cepat, nak!!!

"Berani betul ye awak permainkan mak saya. Nasib baik la mak saya suka je awak bergurau mcm tu..huhu.. Sikap awak yang selamber buat mak saya lebih selesa dengan awak.. Tp saya je rasa tak selesa sebab malu..hehe.."



Ooppss excited dengan tarikh 32 Jun tu terlupa pula nak bagi salam

Sedut habuk dengan vakium,
Assalamualaikum...........

Kabare??saya da kehabisan idea ni.. Hendak dipendekkan cerita AlKisah Kalendar Epsod 3 ni berkenaan mengubah kalendar sesuka hati..
Perkara ini benar-benar berlaku bukan sekadar rekaan beb..

begini ceritanya...Pada tahun 46 Sebelum masihi Julius Caesar memperkenalkan Kalendar Julian. Kalendar ini diciptanya dengan bantuan ahli astronomi terkenal pada masa itu iaitu Sosigenes of Alexandria.

Sebelum kalendar Julian dicipta, pemerintah-pemerintah dan golongan bangsawan Rom dikatakan suka mengubah kalendar sesuka hati mereka. Lazimnya ini dilakukan untuk membolehkan mereka memerintah lebih lama.

Mengikut Kalendar Julian, jumlah hari dalam setahun ialah 365.25 hari. Kalendar ini juga memperkenalkan tahun lompat di mana sehari ditambah dalam bulan Febuari bagi setiap empat tahun sekali. Dari kalendar inilah berkembangnya kalendar Gregorian yang digunakan sekarang...

Wallahu'alam~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA