Friday, January 1, 2010

-NABI ADAM A.S DICIPTA

Nabi Adam a.s merupakan manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t daripada tanah.
Perkara ini tercatat dalam wahyu Allah s.w.t. dan disampaikan kepada nabi dan rasul di dalam kitab suci.
Firman Allah s.w.t. :
"Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi."
Lalu malaikat menjawab :
"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi, orang-orang yang akan membuat rusuhan dan kerosakan serta menumpah darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan memuji Engkau serta menyucikan Engkau."
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku lebih tahu apa yang engkau tidak ketahui." (Q.2:30)

Pada suatu ketika Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya yang akan dijadikan bahan untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila Malaikat Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk mencipta Adam, sehingga bumi bersumpah, demi kerana Allah ia tidak rela sebahagian tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bimbang kelak anak Adam akan melakukan maksiat kepada Allah.
Lalu Malaikat Jibril kembali hadrat Allah, tanpa mengambil tanah untuk dijadikan Adam.
Kemudian Allah memerintahkan Malaikat Mikail untuk turun ke bumi dengan maksud yang sama. Namun, setelah mendengar sumpahnya bumi, seperti apa yang dikatakan Jibril, Mikail juga tidak dapat berbuat apa-apa dan kembali ke hadrat Allah dengan hampa.
Selepas itu Allah memerintahkan Malaikat Israfil turun ke bumi untuk mengambil tanah. Tetapi Israfil juga tidak berdaya mendengar sumpahnya bumi. Ia kembali ke hadrat Allah dengan tangan hampa juga.
Akhirnya Allah memerintahkan Malaikat Izra'il turun ke bumi untuk mengambil tanah. Allah berfirman: " Hai Izra'il, engkau kini telah kutugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapannya, janganlah engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas nama-Ku."

Setelah Izra'il tiba di bumi, dia berkata: " Hai bumi, ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah Allah dan atas nama Allah. Jika engkau membantah atas pekerjaanku ini, bererti engkau telah membantah perintah Allah, dan tentunya enkau tidak ingin menjadi makhluk yang derhaka kepada Allah, bukan?"
Mendengar kata-kata Izra'il, bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Izra'il mengambil tanahnya tanpa reaksi. Kemudian, Malaikat Izra'il kembali kepada Allah.
Allah berkata : "Wahai Izra'il, pertama engkau yang Kutugaskan untuk mengambil tanah, kemudian di belakang kelak engkau pula yang Kutugaskan untuk mencabut roh manusia."
"Jika demikian maka hamba khuatir yang hamba ini akan dibenci oleh anak Adam kerana pekerjaan hamba." Kata Izra'il.
"Tidak." Allah berfirman. " Mereka tidak akan memusuhi engkau. Aku yang mengaturnya. Lalu akan Aku jadikan sebab-sebab unutk mendatangkan kematian mereke. Sebab terbunuh, sebab terbakar, sakit dan sebagainya."

Menurut keterangan para ulama tanah-tanah yang dikumpul untuk menjadikan Adam a.s adalah seperti berikut:


  1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis.
  2. Tanah Bukit Tursina.
  3. Tanah Iraq.
  4. Tanah Aden.
  5. Tanah Al-kautsar.
  6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah.
  7. Tanah Paris.
  8. Tanah Khurasan.
  9. Tanah Babylon.
  10. Tanah India.
  11. Tanah syurga.
  12. Tanah Tha'if.

Menurut Ibnu Abbas:

  1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia dan di situlah tempat akal.
  2. Telinganya dari tanah Bukit Tursina, kerana ia alat mendengan dan tempat menerima nasihat.
  3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situlah tempat sujud kepada Allah.
  4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
  5. Mata dari tanah telaga Al-kautsar, tempat untuk menarik perhatian.
  6. Giginya dari tanah Al-kautsar, tempat memanis-manis.
  7. Tangan kanannya dari tanah Ka'bah, unutk mencari nafkah serta kerjasama sesama manusia.
  8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinja.
  9. Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapas dan dahaga.
  10. Kemaluannya dari tanah Babylon, kerana di situ tempat berahi dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
  11. Tulangnya dari tanah Bukit Tursina, alat peneguh tubuh.
  12. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan.
  13. Hatinya dari tanah Syurga, kerana di situ tempat imanm keyakinan ilmu, kemahuan dan sebagainya.
  14. Lidahnya dari tanah Thaif, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan berdoa kepada Allah.

Wallahu'alam~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN ANDA